Itinerary kami: (Ogos 2013 - purposely pergi masa musim sejuk sebab nak main snow ok)
Day 1
Tiba awal pagi di Melbourne. Ambil teksi terus ke Malaysian Hall lapor diri N letak barang2. Then terus cari 7eleven utk beli tiket train. Naik train ke bandar Melbourne. Jalan2 ambik gambar bagai lepas tu gi siasat kat mana nak naik bas untuk ke Mount Buller esok.
Seterusya ke Victoria market beli souvenir... murah katanya... hmm geram tengok sayur dan buah kt sini, freshnyeee...sebelum balik singgah kedai harab ke pakistan ntah beli food untuk dinner kt dlm bilik je. Jimat duit air. Lagi pun anak2 dah kepenatan sampai tertido nunggu food siap.
Day 2
Awal pagi naik teksi ke station menunggu bas di bandar Melbourne untuk ke Mt Buller. Yey main snow. Pakej tiket bas ke Mt Buller awal-awal lagi dah tempah siap ada promosi bayar untuk satu pakej dapat ke 2 tempat. Jadi kami pilih ke Mt Buller di Melbourne dan Blue Mountain di Sydney nanti. Around AUD 120 per person melalui 12fly (agent). Pertama kali tengok snow. Syukur snow turun dengan banyaknya pada hari tersebut.
Tercapai juga hajat nak lihat salji turun dari langit. Pukul 4 pm dah kena ready tunggu bas untuk turun dari gunung, kalau tak kena tidur atas gunung, kopak lah poket. sampai Msian Hall semua keletihan dan sangat teruja dapat main salji. Rasa nak pergi lagi lah...
Day 3
Great Ocean Road....12 Apostle (betul ke spelling??)
Hari ni kami sewa kereta jenis Kia Carnival sebab yang paling murah dan boleh muat kami yang bertujuh ni. Kereta pun booking dari Malaysia online je. So juga awal2 pagi naik train then jalan sikit cari kedai kereta sewa tu. Dapat je kereta my hubby jadi driver terus mulakan perjalanan. Kami pergi ikut jalan dalam means tengok pemandangan ladang2 balik baru ikut tepi laut.
Memang superb lah pemandangan. Cantik, bersih, tersusun sangat berbeza dengan Pantai di Malaysia yang penuh dengan gerai tepi jalan dan sampah yang bertaburan. Disebabkan musim sejuk, waktu siang pendek jadi pukul 5 petang dah gelap. Selesailah hari ketiga di Melbourne. Tertido- tido dalam kete sebab penat semalam main snow lom habis lagi. Sabau je la my hubby cakap dia yang drive tak boleh tido. Kalau taknak drive sendiri ade brader kt Malaysian Hall ni buat pakej ke GOR dengan MPV siap makan sekali untuk 1 family dalam 7 orang dalam AUD 500. darab lah dengan RM...
Ok, hari keempat kami naik flight ke Sydney. Selamat tinggal Melbourne... cerita Sydney sambung lain hari aaa..
Subscribe to:
Posts (Atom)
CARA MASUK NAMA DALAM GERAN TANAH ADAT NEGERI SEMBILAN
1. Sediakan -Salinan Kad Pengenalan dan surat beranak semua adik beradik ( lelaki dan perempuan) -Sijil kematian bonda 2. Pergi ke Pe...
-
1. Sediakan -Salinan Kad Pengenalan dan surat beranak semua adik beradik ( lelaki dan perempuan) -Sijil kematian bonda 2. Pergi ke Pe...
-
Catatan perjalanan umrah ziarah Cairo - Madinah - Makkah Kami mengikuti pakej daripada Andalusia Travel. 4 hari di Mesir, 3 hari di Madina...
-
Aku coretkan kisah dan pengalamanku sebelum dan semasa aku menjadi dhuyufurrahman.... - Daftar haji: Tahun 2000 (kerana bondaku suruh k...



