Thursday, 22 December 2022

CARA MASUK NAMA DALAM GERAN TANAH ADAT NEGERI SEMBILAN

 1. Sediakan 

  -Salinan Kad Pengenalan dan surat beranak semua adik beradik ( lelaki dan perempuan)

  -Sijil kematian bonda 

2. Pergi ke Pejabat Tanah mukim 

3. Minta borang untuk masuk nama dalam geran. Jika kita ada geran, bawa sekali, jika tiada pejabat tanah boleh cari kan berdasarkan nama bonda kita dalam sijil mati. Akan dimaklumkan ada berapa geran yg mempunyai nama arwah bonda kita.

4. Untuk isi lengkap borang masuk nama, perlu ada salinan semua geran—>boleh minta pejabat tanah bagi semua salinan geran tapi kena bayar rm20 per geran. 

5. Isi borang, borang perlu tandatangan ketua suku ( jadi kena tahu suku apa, boleh tanya kt staff di situ berdasarkan tanah kampung kita) , kena buat appointment dengan ketua suku utk dia sign borang kita dan hantar semua salinan yg telah disediakan.

6. Bayar yuran proses rm 10 ( kalau tak silap, lupa)

7. Tunggu surat panggilan bicara dalam tempoh 6 bulan. 

8. Dapat surat bicara, maklumkan ketua suku untuk hadir semasa bicara ( ketua suku juga dapat surat ni).

9. Hadir perbicaraan pada tarikh yang ditetapkan bersama semua adik beradik. Jika ada yang tidak dapat hadir boleh isi borang wakil yang disediakan. Bawa salinan2 yang diminta dalam surat.

10. Tunggu surat keputusan bicara, selepas terima surat kelulusan masuk nama, pergi ke Pejabat Tanah lagi untuk masukkan nama dalam geran. Perlu bawa lagi salinan kad pengenalan semua adik beradik perempuan.

11. Selepas seminggu boleh ke Pejabat tanah untuk ambil geran / salinan geran yg ada nama kita.

Sekian. Boleh tahan rumitnya. 

Tuesday, 20 December 2022

Cara tutup akaun cimb

 1. Mesti bawa buku bank jika masa buat akaun ada buku bank. Jika tiada buku bank kena bayr rm 20.

2. Bawa kad debit bank.

3. Bawa kad pengenalan.

4. Pergi ke bank beritahu pada staff di tempat daftar nombor giliran.

5. Staff akan beri borang untuk diisi san no giliran. 

6. Tunggulah giliran anda dengan sabaršŸ˜…šŸ˜…šŸ˜…

Saturday, 19 February 2022

RESEPI PENGAT PISANG YANG TERAMAT MUDAH DAN CEPAT SIAP

 

Bahan-bahan:

Pisang tanduk sebiji - belah dua dan potong serong pendek2

Santan 1/2 kilo ( beli kat kedai santan tu)

Sagu mata ikan 1/2 cawan - rendam sekejap

Gula anau seketul ( yg beli kat Kuala Pilah tu)

Gula pasir 3 sudu besar

Air tapis secawan

Cara masak:

1. Masakkan santan, air tapis dan gula anau serta gula pasir hingga semua gula larut.

2. Masukkan pisang dan sagu mata ikan. Kacau selalu hingga mendidih dan pisang lembut. Jika terlalu pekat boleh tambah lagi air ikut tekak sendiri.

# petua: masakan bersantan mesti sentiasa kacau ye hingga ia mendidih, kalau tinggalkan nanti jadi berketul halus tu yg orang tua sebut bertahi minyak. Kuah jadi tak syantikk…



Thursday, 20 January 2022

Buat master part time? Pahit manisnya...

 2014 aku mula survey universiti dan bidang yang sesuai. Sebelum tu aku dah cuba mohon HLP tapi tak berjaya. Maknanya perlu buat part time. Aku mengajar di sesi petang jadi susah juga sebab  universiti yg dekat seperti ukm (aku duduk seremban) pada masa tu hanya menawarkan kursus pendidikan part time pada hari bekerja bermula 3 ptg setiap hari hingga malam. Macamana pula aku nak ke kelas tentulah pengetua aku tak benarkan. Lagipun macamana aku nak ganti kelas mengajar yg tertinggal…. Upm pula ada hari sabtu tapi hanya bidang pentadbiran pendidikan. Aku tak minatlah.  Maka cek UM pula call orang sana…okay ada pilihan subjek yg hari sabtu juga selain hari bekerja. Aku pun mohon ke UM. Ketat juga prosedurnya iaitu result semasa ijazah pertama mesti 3.0 ke atas. Syukurlah aku lepas syarat tu.

Aku pun mendaftar Master in Education (Science) di UM pada February 2014 dengan yuran lebih rm3000. Aku memilih untuk membuat mod campuran ( kerja kursus dan dissertasi). Kerja kursus sebanyak 15 kredit iaitu 5 subjek ( setiap satu subjek 3 mata kredit)perlu diambil beserta membuat dissertasi dengan 40 mata kredit.

Disebabkan aku bekerja sambil belajar dan mengajar pula di sebelah petang maka aku terpaksa pilih subjek yg ditawarkan pada hari jumaat petang dan sabtu sahaja, hari ahad tiada kelas di UM. Untuk semester pertama aku ambil subjek ...., pada jumaat (5-7pm) dan subjek statistik kerana kelas pada hari sabtu pagi 9-12. Tough juga subjek ni sebab maths kan. Sejak aku habis matriks tak belajar maths kecuali ada satu sem tu belajar biostatistik. Maka bermulalah Setiap minggu petang tengahari jumaat aku ke UM dari seremban. Kadangkala aku bawa anak2 ku 2 orang tu. Syukurlah pada masa tu adik bongsuku juga sedang buat master di UM tapi beliau sepenuh masa dan menyewa hostel di UM. Jadi aku anak beranak tumpang tidur biliknya pada mlm sabtu, selepas kelas pagi sabtu aku bertolak balik ke Seremban. Begitulah kehidupanku setiap hujung minggu. Paling tak bestnya masa balik tengahari sabtu highway arah selatan memang jem yeramat kerana pada masa tu(2014-2015) highway seremban-kl masih dalam pembinaan kepada 4 lorong.

 


CARA MASUK NAMA DALAM GERAN TANAH ADAT NEGERI SEMBILAN

 1. Sediakan    -Salinan Kad Pengenalan dan surat beranak semua adik beradik ( lelaki dan perempuan)   -Sijil kematian bonda  2. Pergi ke Pe...