2014 aku mula survey universiti dan bidang yang sesuai. Sebelum tu aku dah cuba mohon HLP tapi tak berjaya. Maknanya perlu buat part time. Aku mengajar di sesi petang jadi susah juga sebab universiti yg dekat seperti ukm (aku duduk seremban) pada masa tu hanya menawarkan kursus pendidikan part time pada hari bekerja bermula 3 ptg setiap hari hingga malam. Macamana pula aku nak ke kelas tentulah pengetua aku tak benarkan. Lagipun macamana aku nak ganti kelas mengajar yg tertinggal…. Upm pula ada hari sabtu tapi hanya bidang pentadbiran pendidikan. Aku tak minatlah. Maka cek UM pula call orang sana…okay ada pilihan subjek yg hari sabtu juga selain hari bekerja. Aku pun mohon ke UM. Ketat juga prosedurnya iaitu result semasa ijazah pertama mesti 3.0 ke atas. Syukurlah aku lepas syarat tu.
Aku pun mendaftar Master in Education (Science) di UM pada February 2014 dengan yuran lebih rm3000. Aku memilih untuk membuat mod campuran ( kerja kursus dan dissertasi). Kerja kursus sebanyak 15 kredit iaitu 5 subjek ( setiap satu subjek 3 mata kredit)perlu diambil beserta membuat dissertasi dengan 40 mata kredit.
Disebabkan aku bekerja sambil belajar dan mengajar pula di sebelah petang maka aku terpaksa pilih subjek yg ditawarkan pada hari jumaat petang dan sabtu sahaja, hari ahad tiada kelas di UM. Untuk semester pertama aku ambil subjek ...., pada jumaat (5-7pm) dan subjek statistik kerana kelas pada hari sabtu pagi 9-12. Tough juga subjek ni sebab maths kan. Sejak aku habis matriks tak belajar maths kecuali ada satu sem tu belajar biostatistik. Maka bermulalah Setiap minggu petang tengahari jumaat aku ke UM dari seremban. Kadangkala aku bawa anak2 ku 2 orang tu. Syukurlah pada masa tu adik bongsuku juga sedang buat master di UM tapi beliau sepenuh masa dan menyewa hostel di UM. Jadi aku anak beranak tumpang tidur biliknya pada mlm sabtu, selepas kelas pagi sabtu aku bertolak balik ke Seremban. Begitulah kehidupanku setiap hujung minggu. Paling tak bestnya masa balik tengahari sabtu highway arah selatan memang jem yeramat kerana pada masa tu(2014-2015) highway seremban-kl masih dalam pembinaan kepada 4 lorong.