- Daftar haji: Tahun 2000 (kerana bondaku suruh kerana aku baru mula bekerja, aku ikut saja. Bondaku pun mendaftar bersama)
- 2008 : dapat panggilan dari tabung haji (bonda pun sama dapat tp menolak kerana dah pergi haji dan tidak berdaya lagi). Tapi aku belum bersedia kerana anak masih kecil dan tak bersedia (konon rasa muda lagi nak bertaubat). jadi balas surat TH tulis tahun depannya sebab dekat surat balasan diminta nyatakan tahun yang dikehendaki jika menolak.
- 2009 : terima surat panggilan haji dari TH lagi (bonda pun dapat lagi). masih rasa belum bersedia untuk berubah kononnya. berbincang dengan suami nak letak tahun bila, suamiku cakap tunggu umur 40 lah. jadi umurku 40 pada tahun 2015 (yakin sangat umur panjang sampai 40, syukur Allah panjangkan umur)
- 2015 : ternanti nanti mana surat panggilan dari TH. (itupun setelah cerita pada sorang ustazah yang dpt pergi haji thn 2014 yang aku pernah dapat panggilan tp menolak sebab anak kecil lagi dan belum bersedia, tapi seperti kena penampar bila ustazah tu cakap mana boleh tolak sebab kita tak tahu bila ajal kita takut tak sempat tunai haji. terus aku insaf)
: sampai hampir musim haji masih tiada panggilan dari TH padahal dalam sistem di website TH tertulis giliran ku pada 2015
: disebabkan tiada berita dari TH maka aku pun menelefon TH bertanyakan statusku dan dimaklumkan aku perlu membuat surat rayuan juga. Aku tidak terus menulis surat rayuan tersebut kerana merancang untuk membuat rayuan tahun 2017 kerana merancang untuk pergi Haji pada musim 2018.
- 2017 : suatu hari dalam bulan Februari aku pulang dari bekerja sebaik membuka pintu rumah tiba-tiba suamiku yang berada di rumah memanggil manggil aku ' masuk Hajjah'. Aku kehairanan kenapa dengan suamiku, terus dia memberikan surat tawaran mengerjakan haji dari Tabung Haji. Aku tak tahu nak cakap apa masa tu sebab terharu sangat, kerana mendapat tawaran walaupun aku belum menghantar surat rayuan. Tetapi aku terfikir pula kedua-dua anakku akan menghadapi peperiksaan besar pada tahun ini, seorang akan mengambil UPSR dan seorang lagi PT3. Namun begitu aku nekad tidak akan menangguhkan lagi pemergian aku kerana perancangan Allah adalah sebaik baik perancangan. tapi suami aku tidak mendapat tawaran. Maka suamiku pun mula menulis rayuan sebagai Mahram aku dan mengemukakannya kepada pejabat TH. Alhamdulillah dalam tempoh lebih kurang seminggu telah mendapat keputusan terpilih sebagai mahramku untuk sama sama mengerjakan Haji tahun ini. Maka kami terus pergi mengikuti kursus haji di masjid masjid yang berdekatan walaupun telah lewat. Semasa kami mula hadir, kursus haji telah pun masuk bahagian Taharah, namun aku dan suami banyak menonton kursus melalui youtube yang disampaikan oleh ustaz-ustaz bertauliah. Kami juga mula membuat persediaan fizikal dan mental. Hampir setiap hari kami berjalan kaki di KOmpleks Belia dan Sukan Ampangan untuk meningkatkan stamina. Ini kerana pengalamanku mengerjakan umrah pada 2015 tanpa workout untuk stamina sangat menyeksakan. Saie terpaksa beberapa kali berhenti rehat.
Setelah selesai ujian dan kursus perdana di Masjid Taman Paroi Jaya, kami mendapat surat pemberitahuan tarikh penerbangan. Berdebar rasanya menanti hari berangkat.