Flight delay pula dari Melbourne ke Sydney. Patut sampai Sydney dalam tengahari, petang baru sampai. Terus mendaftar di Malaysian Hall Sydney. Pengurusnya Kak Nani yg dah lebih 20 tahun tinggal di Sydney, sekampung ngn den plak tu. Dapat diskaun sikit harga bilik. Selepas letak barang2 di bilik terus ke Bondi Beach ambil angin dan gambarlah. Nak mandi sejuk sangat. Pijak pasir pun dah sejuk giler, dah namanya musim sejuk. Walaupun di bandar dan tepi -tepi nya banyak apartmen dan kondo, pantai dan air laut cantik dan bersih. Kalau di Malaysia tu confirm air kumbahan di salirkan ke laut. Bila hari gelap,baru rasa lapar so jalan jalan cari makan pulak. Lupa nak mention kami jalan petang tu naik estima kepunyaan anak buah kak nani, namanya lupa pula. Malam tu dia hantar kami ke kedai makan halal di bandar Sydney. Sedap juga menunya. Kami ni kalau ke luar negara mesti nak cuba makanan negara lain, tak mau lah makanan Malaysia. Bila lagi kan. Lepas makan balik tidur dan rehat.
Dihadapan Malaysian Hall kami menginap
Sekitar Bondi Beach. Dah senja waktu ni.
Makan malam di restoran halal di Sydney tapi nama kedai ku tak perasan sebab kepenatan tapi di bandar.
DAY 5
Di Sydney tiada train seperti di Melbourne, jadi kami terpaksa naik bas ke sana sini. Agak keliru jugalah. Hari ni kami ikut pakej yg kami dapat semasa pakej Mt Buller iaitu ke Blue Mountain. Hutan simpan yang sangat cantik pemandangan. Ada macam2 jenis pengangkutan disediakan untuk pengunjung bergerak dari satu tempat ke tempat lain seperti cable car, keretapi kecik macam bukit benders tu dan skyway ala2 bas besar di udara. Best. On the way balik singgah ke zoo Featherdale Wildlife. Dapat lah tengok secara live kanggaroo dan koala ya comel asyik tidur aje tu. Penguin pun ada kenit aje yang kat sini. Balik petang tu kami turun bas di Darling Harbour. Disebabkan sekarang ni musim winter jadi cepatlah malamnya. )So bila sampai di Darling Harbour dah mula gelap. Anakku yang sulung ikut mak sedaranya n kazennya masuk tempat yang ade patung2 lilin tu apa ke namanya...haa Madame Tussouds.. tak tau lah spelling tu betul ke tak. Ku suami isteri dan anak bongsu (memang ada yang sulung N bongsu je kot) jalan2 kt DH ni je tengok orang buat show, nak jimat kos. Mahal nak beli tiket masuk tengok patung aje pun, tak berbaloi ku rasa.
skyway train datang...
Di dalam skyway train Blue Mountain
Melihat persembahan orang asli di Aussie. Orang asli mereka macam orang putih juga aku tengok.
DAY 6
Hari ni kami naik bas lagi... jalan kaki agak jauh juga ke Circulay Quay. Dari sini beli tiket naik river cruise ke Darling Harbour. Otw naik cruise boleh ambil berlatarbelakang Opera House dsn Sydney Harbour Bridge. Hmmm memang marvellous scene kat sini macam kt luar negara betul. (Hehe memang lah kan). Then jalan kaki cari survenir murah2 di Paddy Market. Lepas tu cari kedai makan halal orang Uighur katanya di Chinatown Sydney. Chinatown ni macam pasar malam cina coz ramai orang cina jual makanan mereka. Terjumpalah satu gerai remaja2 cina jual roti canai dan tehtarik, satay pun ada. Roti canai harga AUD 5 rasanya. Tak kuasa lah nak makan roti canai mahal2 gitu. Macamlah tak balik Malaysia dah. Pandai pulak budak2 tu tebar roti. Kat Malaysia tak pernah nampak orang cina tebar roti canai nih. Jalan punya jalan jumpa juga restoran Uighur tu. Makanan ala ala Arab di sini. Sedap makanannya recommended. Dah kenyang kami pun jalan lagi ke Darling Harbour.