Kami mengikuti pakej daripada Andalusia Travel. 4 hari di Mesir, 3 hari di Madinah dan 6 hari di Makkah. Di Cairo kami menginap di hotel Pyramid Plaza. Hotel yang agak usang dan terletak di kawasan yang tak berapa cantik dan bukan di kawasan bandar tetapi boleh nampak piramid dari tingkap bilik hotel jika dapat bilik di tingkat yang atas( seperti saya sekeluarga dapat bilik di tingkat 10). Mungkin itu sebabnya pakej Andalusia adalah pakej umrah ziarah cairo yang paling murah berbanding syarikat lain. Asalkan kita dapat sampai cairo, ala-ala bajet.
Hari pertama (14 Dis 2019)
Lawatan ke Piramid di Giza (hampir sahaja dengan hotel penginapan yg disediakan oleh agent - Pyramid Hotel).
Seronok dapat tengok piramid, tak sangka besar betul. Untungnya pergi masa musim sejuk ni semasa melawat piramid taklah kepanasan kerana ianya terletak di kawasan lapang seperti di padang pasir. Menurut suamiku yang pernah ke Cairo dulu pada musim panas iaitu bulan Jun, semua pelancong sekejap sahaja berada diluar, setelah mengambil beberapa keping gambar terus masuk dalam bas sebab tak tahan panas terik di sekitar piramid tersebut.
Setelah melawat piramid kami dibawa makan ke restoran yang agak mewah juga dengan berlatar belakangkan piramid.
Di hadapan hotel kami menginap
Di kawasan sekitar piramid Giza
Gambar-gambar diatas ialah pemandangan di sekitar piramid di Giza. Terdapat 3 piramid dan 1 sphinx (yang kepala tu) di Giza. Pada masa kami melawat piramid, kami tidak di bawa masuk ke dalam piramid kerana kata pemandu pelancong tiada dalam pakej... hmmm..frust juga.
Restoran mewah yang tempat kami lunch pada hari itu berdekatan Giza berlatarbelakangkan piramid. Makanannya boleh tahan juga sedap dan pelbagai secara buffet.
Setelah itu, kami di bawa ke Masjid Amru Al Asr untuk solat. Gambar diatas ialah sekitar masjid. Menurut rakan sekerja ustazah yang pernah belajar di Mesir, masjid ini penuh dengan jemaah untuk solat setiap waktu dan sangat sesak pada solat Jumaat. Tapi masa kami singgah kosong aje mungkin sebab bukan waktu solat.
Kemudian kami dibawa ke Masjid AlAzhar untuk solat di samping bergambar di hadapan masjid. Berdekatan dengan masjid Al Azhar ialah pasar Alkhalili iaitu tempat membeli barangan dan cenderahati yang murah tetapi pemandu pe;ancong kami, Hisham berulang kali menyebut barangan di pasar ini tidak berkualiti kerana diimport dari China. Maka kami pun tidak membeli apa2 di sini hanya melawat pasar sahaja.
Malamnya kami dibawa ke kedai2 cenderahati yang menurut Hisyam menjual barang berkualiti, namun pada aku harga barang-barang disana agak mahal untuk dibuat cenderahati maklumlah kami ni dah banyak berhabis utk bayar pakej umrah ziarah ni. Jadi kami hanya melihat lihat sahaja di semua kedai yang dikunjungi. Tetapi ada juga makcik dari Sarawak tu aku tengok sakan membeli cenderahati seperti fridge magnet dan key chain. Aku pula berbisik pada suamiku supaya memberitahu Hisyam agar membawa kumpulan kami ke pasar Alkhalili semula nanti untuk membeli cenderahati.
HARI KEDUA (15 DIS 2019)