Sunday, 14 November 2021

PENGALAMAN BERSALIN CEASER ~ANAK BONGSUku Nurliyana Aqilah

 Dilahirkan jam 3.15 petang 15 Jun 2005 di Hospital Besar Seremban (sekarang hospital Tuanku Jaafar) secara ceaserian kerana kedudukan songsang.

Hujung tahun 2004 bulan Nov sebelum cuti sekolah bermula aku dah mula rasa mual lain macam. Berdasarkan pengalaman sebelum ni terus aku yakin yang aku dah mengandung. Masa ni aku masih di Sibu Sarawak, belum lagi berpindah ke Seremban.  Lagi seminggu nak bermula cuti kami dapat surat kelulusan utk berpindah ke Seremban. Walaupun gembira tapi mual dan loya tu menyebabkan aku rasa macam dalam dunia sendiri je.  Semakin lama semakin kuat rasa mual, seperti ada sesuatu yg tersekat di tekak, kepala pening …. Tak dapat nak digambarkan rasa loya sentiasa. Tapi aku gagahkan diri utk ke sekolah, mujurlah dah habis peperiksaan, cuma tinggal urusan report card dan lain hal sebelum cuti sahaja. Pada masa tu mak abah dan adik aku pula datang, tak mampu aku nak entertain mereka sebab badan sendiri pun aku dah tak mampu jaga.  Suami aku yang uruskan semua, dan kadangkala mereka pergi jalan2 sendiri menaiki teksi. selepas seminggu keluargaku balik ke Semenanjung.

Bermula cuti sekolah kami pun balik ke Semenanjung walaupun akan berpindah kerana pada masa tu Hari Raya Aidilfitri tak lama lagi. Kami bercadang selepas raya iaitu lebih kurang 2 minggu kami balik semula ke Sibu utk proses mengangkut brg utk pindah. Tapi semakin lama aku merasa semakin mual dan tak berdaya utk balik semula ke Sibu, jadi suamiku balik ke Sibu seorang diri sahaja utk proses perpindahan kami ke Semenanjung. Hangus sahaja lah tiket flight aku, tapi tiket memang diberi percuma utk pindah. Sesampanya suamiku di rumah Sibu beliau beritahu rumah kami telah dimasuki perompak. Habis semua barang elektrik dicuri tv 2 buah, vacuum, radio, vcd, camera, cerek, mesin jahit, kain sampin songket dan jeans suami yg dh ketat pun habis dicuri. Berterabur semua barang2 yg kami dah kemas dan masuk kotak sebelum balik semenanjung tempoh hari. Padahal pintu sliding kami dah rantai dan engsel tambahan di pintu utama. Tapi sang pencuri masuk ikut tingkap bilik air tingkat bwh dgn mengkuak kan sedikit sahaja grill besi tingkap. KemudiN mereka mengangkut keluar barang2 melalui pintu ke beranda dibilik tingkat atas. Menurut suami malam tu beliau tidur sambil pegang parang panjang kerana kuatir sang pencuri kembali utk ambil barang yang tidak sempat diambil sebelumnya kerana masih terdapat barang2 lain yg telah siap dikumpulkan di luar rumah tapi belum diangkut.  Esoknya suamiku buat laporan polis dan polis pun datang ambil2 gambar ( buat syarat je kot sbb tak ada apa2 tindakan pun selepas tu). Kami pun malas nak fikir kerana dah nak pindah semenanjung. Suamiku pun terus menguruskan perpindahan kami utk mengangkut barang dan kereta menggunakan kontena.

Mula sesi persekolahan Januari 2005 aku mula mengajar di SMK Tuanku Ampuan Najihah. Beberpa minggu aku mengajar aku kena demam campak. Apabila disahkan kena demam campak baru lah aku pergi mendaftar untuk check up di Kelinik Kesihatan Paroi. Jika aku tak demam tu mungkin aku tunggu beberapa bulan lagi baru pergi check up sebab malas nak menunggu di KK.(hihihi berani kan) masa first day sampai KK tu aku daftar dikaunter aku dah maklumkan yang aku sedang demam campak, nurse tu macam okay je dan suruh aku tunggu giliran macam biasa. Tiba giliran aku dipanggil aku pun masuk bilik pemeriksaan tiba2 doktor dan nurse dalam bilik tu gelabah suruh aku beredar sebab takut menjangkit kepada ibu mengandung lain dan baby katanya. Mereka suruh aku buat pemeriksaan di tempat rawatan pesakit luar pulak. so aku terpaksa mendaftar di kaunter rawatan sakit luar dan menunggu giliran lagi. Tiba giliran aku, doktor disitu pula hairan kenapa dtg situ kerana aku nak check up mengandung, aku pun beritahu kejadian di tempat rawatan ibu mengandung tadi. Doktor di situ rujuk aku kepada doktor kesihatan keluarga ke masyarakat begitu lah, aku dah lupa. Bertemu doktor disini tiba2 aku kena marah, aku dah tak ingat apa yang dia marah. Bengang betul aku masa tu. Habis je jumpa doktor masa tunggu ambil ubat, aku ternampak ada kotak aduan. Terus aku tulis semua yang berlaku dari tadi dan masukkan dalam kotak aduan.

Bulan depannya aku datang untuk check up mengandung lagi terus nurses dan doktor disitu tanya ini yang datang hari tu kena demam campak ye, aku pun mengiyekan. Terus mereka semua beri layanan baik punye ye. Dengan cepat dapat masuk buat pemeriksaan. Aku suspect aduan aku sampai kepada pengarah KK dan semua kena marah dengan pengarah KK tu agaknya.  Mana aku tak buat aduan semua halau aku ke sana sini macam aku kena kusta pulak. Sepatutnya mereka beri kan solution yang betul.

Sepanjang mengandung kali ini aku dah boleh kawal muntah walaupun mual. Tapi aku tak boleh minum air masak atau air kosong, hanya rasa nak minum air soya je pada awal kehamilan, selepas lebih kurang 6 bulan tu rasa nak minum teh ais aje. Bila dahaga sangat nak minum air kosong aku kemam air batu dalam mulut sepanjang masa, sebab bila tak ada apa dalam mulut aku tak boleh telan air liur sendiri sebab terasa payau dan menyebabkan aku terpaksa kerap ludah air liur . Jika di rumah aku memang sediakan bekas yg aku isi tisu untuk bekas aku meludah. Seksa juga lah tak boleh telan air liur sendiri, sebab geli juga tengok ludah sendiri. Bau bauan masakan, minyak wangi, sabun, deodoran dan minyak angin semua memang aku alah. Rasa nak muntah kalau terbau. Begitulah keadaan kuhingga aku bersalin. Badan sentiasa rasa tak selesa, tapi gagah juga pergi kerja sebagai guru. Ku gagahi mengajar waktu itu subjek Sains dan pendidikan jasmani. Dengan perut membondong ke padang ajar PJ dan juga bertugas hari sukan. Sedih juga rasa masa tu sebab semasa di sarawak, sekolah cina pun tau kesian dengan guru mengandung. Hari sukan guru mengandung ditugaskan jaga makanan dalam bilik khas aje. Tapi di semenanjung ni tsk kira keadaan kau macamana, tugas sama mcm org lain. Waktu tu aku kena menjadi pencatat masa bagi hari sukan dan juga semasa saringan. Letih dan panas berada di padang hingga petang.

Cuti sekolah pertengahan penggal satu pada hujung bulan mei aku check up lagi di klinik kesihatan, waktu ini, nurse2 agak muda check perut aku, katanya bagus kepala baby dah turun, kemudian datang nurse yg senior pulak check perut aku, tetiba dia cakap kenapa kepala baby mam lembut je? Kena scan ni. Terus ke bilik doctor untuk scan, dan keputusan scan menakut kan aku. Doktor beritahu baby breech..songsang. Doktor arah kan aku untuk terus ke hospital dengan ambulans sebab katanya mesti ceasar sebelum sakit memandangkan due aku melahirkan lagi 3 minggu. Tapi sebab aku takut aku pun bagi alasan pd doktor untuk balik rumah ambil barang2 dulu nanti aku pergi sendiri hospital. Doktor pun memberiku surat rujukan. Aku pun balik rumah dengan rasa yang tak tentu arah kerana takut. Doktor siap pesan jangan pergi urut utk betul kan takut baby terbelit. Aku tak pergipun hospital sebab takut. Mujurlah masa tu cuti sekolah seminggu jadi aku hanya duduk rumah diam-diam dan buat solat hajat dan istikharah mohon Allah bantu dan beri yang terbaik untukku dan baby ni.  Aku ajak suami pergi check di Klinik Pakar Rekha sebab klinik ni terkenal sebagai pakar sakit puan di SEremban.  Dr Rekha maklumkan memang baby breech tapi boleh lahirkan secara normal jika aku nak cuba sebab katanya baby dalam keadaan lipat kijang iaitu kepala di atas, punggung di bawah dan kaki terlipat lurus ke atas. 

Selepas seminggu aku berdoa akhirnya aku buat keputusan untuk menyerah diri di Klinik Kesihatan semula. Aku redho jer doc dan nurses semua membebel marah dengan tindakan aku, kata mereka itu bukan takut tapiberani sangat ambil risiko. Misi cakap nak ke nanti anak cacat sebab kalau bersalin normal, semasa baby ditarik ada risiko bahu baby tersangkut dan jika ditarik juga boleh merosakkan saraf tunjang baby. Seram betul aku masa tu. KK pun buat surat rujukan yang baru untuk aku masuk wad bersalin di Hospital Besar Seremban (sekarang hospital Tuanku Jaafar).  Aku tak berlengah lagi terus mendaftar di hospital, dan doktor disana beritahu akan jalankan pembedahan secepat mungkin sebelum aku sakit contraction.  

Alhamdulillah pembedahan berjalan lancar, keluarlah puteri kedua ku Nurliyana Aqilah pada pukul 3.15 ptg 15 JUN 2005 dengan berat 2.65 kg. Sudah membesar anakku ini menjadi remaja yang cantik dan bijak solehah. Semoga menjadi anak yang berbakti kepada orang tua.


Nampak muda:)

 Ramai juga yang kata aku ni macam 30 an padahal umurku dah 46 tahun pada 2021 ni. Paling lucu bila ada rakan sekerja suami  yang menyangka aku anak kepada suamiku. Reaksi suamiku hmmm… mama poyo je katanya. Bukan itu saja semasa aku mengerjakan haji pada tahun 2017 pada masa tu umurku 42 tahun pun ada makcik rakan sebilik yang menyangka aku anak dara lagi tiba2 aku cerita pasal anak….katanya ‘eh makcik ingat awak anak dara lagi’ hihihi… itu semasa baru jumpa dalam bilik hotel, semasa aku bersolat dimasjidil haram juga ada kejadian lagi. Semasa menunggu masuk waktu solat aku duduk di sebelah makcik dari Indonesia kami pun berbual lah serba sedikit, tiba2 makcik tu cakap ‘untung nya masih anak2 sudah boleh buat haji’….tersentak aku terus jawab ‘eh makcik saya dah 42 tahun’. Begitulah antaranya cerita ku, ada banyak lagi tapi malas nak menaip. Aku nak beritahu apa yang aku buat, sebenarnya tak adala petua pun kebetulan saja atau pun memang keturunan aku awet muda sebab abahku dulu2 pun ramai yg ckp awet muda.


         Itu cerita sekarang, kalau dulu masa umur awal 30 an aku belum insaf nak jaga muka, memang selalu kecil hati bila budak2 yg jual2 tu panggil aku makcik tapi suami aku di panggil abang, memang terus aku tak jedi nak membeli. Maklumlah masa tu suami pun awal 30 an juga kerana kami beza umur setahun je. Jadi beliau belum beruban seperti sekarang.

Walaubagaimanapun aku memang sejak aku berumur 35 tahun mula menggunakan produk SKII ye. Dulu mula2 aku beli jugak macam2 dari produk tu tak ingat apa sebab sales girl tu cadangkan macam2 utk baiki kulit muka ku yg mempunyai pori2 besar. Sebelum tu dia tanya puan guna apa cuci muka? Aku pun dgn yakin guna facial cleanser lah. Itu sahaja? Tanyanya lagi. Ya lah jawabku. Kemudia dia cakap puan tau tak puan ni seolah2 pakai perfume sahaja tiap hari tapi tak mandi. Kenapa tanyaku. Jawabnya kita mesti cuci dgn guna make up cleanser dulu baru cuci dgn facial cleanser barulah semua kotoran dalam pori betul2 bersih. Ooh jawabku. Kemudian dia pun cadangkan beberapa produk tapi dalamtrial pack kecuali face essense aku beli yg besar. Habis juga lebih rm800 masa tu. Tapi nak cantik tabah je lah. Cuma facial cleanser dan make up remover aku beli kat watson je sebab nak jimat. Masa tu aku guna simplysiti. Bedak pun sekarang aku guna simplysiti, dulu selalu juga guna bedak jenama yang mahal seperti MAC, estee lauder, clinique sebab kulit tak flawless lagi. Sekarang guna simplysiti pun dah kulit dah sekata, jimat duit sebab harga lebih murah.

        Aku memang tak pernah try produk founder melayu ni sebab kurang percaya, kecuali sendayu tinggi. Itu pun aku guna bedak dan lipstik je. Serum masih kekal guna SK ii dulu kini selamanya. Terkini ada juga pensyarah2 utm yg buat produk kecantikan, aku pernah cuba ensutouch boleh tahan juga, tapi sekali je aku beli yg trial pack. Aku masih tetap setia dgn Sk ii jadi rasa macam takut nak guna jenama lain kecuali aku selang seli kan utk jimat. Sekian cerita penjagaan muka ku. Serum/essense penting yg elok dan mesti pakai setiap malam, facial cleanser boleh guna apa2 sahaja tapi pastikan yg kurang chemical kalau boleh dan wajib juga guna make removal walaupun tak make up sebab kita pakai bedak compact.

Wednesday, 26 May 2021

PENGALAMAN BERSALIN ANAK PERTAMA KU~ coretan buat anakku Nur Fatehah

      Coretan ini istimewa untuk kenangan puteri sulungku NUR FATEHAH yang juga mama panggil Ayong, agar dikau tahu pengorbanan yang perlu mama lalui.  Bukan meminta balasan cukuplah agar dikau dapat mendoakan mama apabila mama telah kembali ke alam Barzakh.

     Awal bulan november 2001 mula menunjukkan tanda-tanda aku period, tapi agak berbeza kerana terasa mual pula ditekak.  Aku fikirkan mungkin sebab kali ini mual kerana terlebih hormon ke. Jadi aku buat biasa sahaja tetapi makin lama makin kuat pulak rasa mual ni, aku mula syak yang aku mengandung.  Lalu aku ajak suamiku ke klinik untuk check pregnancy.  Doktor mengesahkan aku telah mengandung 5 minggu dan untuk mengesahkan lagi doktor membuat scan yang memasukkan kamera ke dalam rahim terus.  Itulah kali pertama mama melihatmu anakku.  Sungguh teruja aku selepas mendapat berita ini.  Terus aku menelefon emakku di Semenanjung kerana tika itu aku mengikut suami mengajar di Sibu, Sarawak. Aku baru sahaja bertukar pada bulan September 2001 selepas majlis pernikahan kami pada bulan Jun 2001. 

        Namun tak kusangka begitu rupanya morning sickness...sungguh tak tertanggung oleh ku, kerana disamping morning sickness terdapat jugak sedikit bleeding seperti awal period selama lebih kurang 3 bln pertama. Doktor di klinik swasta menyatakan ini kejadian biasa, nanti selepas 3 bulan ia akan berhenti. Aku juga pergi ke hospital Sibu untuk kepastian kerana bimbang pula , terus kena tahan di wad untuk membolehkan doktor scan dan memantau.  Selepas beberapa hari aku dibenarkan balik keran doktor dapati tiada kesan buruk pada keadaan fetus.  Syukur selepas 3 bulan memang benar2 berhenti darah tersebut. Tapi memang menambahkan mual aku bila mencuci darah tu walaupun sikit. Darah istihadah kan agak berbau lain macam.

        Sudah lah aku morning sickness, jadi pengawas SPM pula menggantikan guru lain kerana aku sangkakan nanti cuti sekolah aku bosan berseorangan di rumah di kala suamiku bertugas sebagai pengawas SPM pada hujung tahun tersebut.  Bulan Ramadhan pula pada masa tu.  Semakin lama semakin kuat morning sickness yang aku alami. Makan sahaja terus muntah sehabis-habisnya, minum pun muntah.  Semua makanan aku tak boleh makan. Doktor memberiku ubat untuk menghilangkan alahan tersebut namun tidak berkesan langsung.  Emakku memberi petua untuk mencalitkan serbuk kopi pada lidah untuk menghilangkan mual, boleh tahan lah tapi tetap tidak lalu untuk makan dan jika makan akan muntah semula. Suatu petang kami ke pasar Ramadhan untuk mencari juadah berbuka, namun aku tidak boleh masuk ke pasar tersebut keran tidak tahan dengan bau masakan yang pelbagai disitu, aku juga rasa seperti hendak pitam kerana tidak tahan. Setelah beberapa hari puasa aku membuat keputusan untuk tidak berpuasa supaya perut tidak masuk angin kononnya supaya boleh kurangkan muntah.  Jadi setiap hari aku bawa bekal air kopi O semasa pergi mengawas peperiksaan kerana itu sahaja yang boleh masuk dalam tekakku.  Semasa mengawas pun aku terpaksa melabuhkan kepalaku ke meja kerana tidak berdaya akibat tiada tenaga kerana tidak lalu makan.  Mujurlah guru penolong Ketua Pengawas yang berbangsa Iban itu kerap datang menggantikan tempat aku kerana katanya dia tahu bagaimana peritnya morning sickness kerana telah 5 kali mengandung kesemuanya mengalami morning sickness yang teruk.

       Selepas beberapa hari peperiksaan SPM berlangsung berlaku pula kejadian yang tidak dijangka iaitu kemangkatan Yang Pertuan Agong menyebabkan peperiksaan SPM ditangguhkan beberapa hari. Aduh susah juga kerana kami telah membeli tiket kapal terbang untuk pulang ke Semenanjung, mujur boleh ditunda. Sebenarnya ramai rakan-rakan guru di sini yang menasihatkan kami tidak balik ke Semenanjung kerana baru mengandung dikhuatiri boleh mengalami keguguran kerana ramai yang telah mengalaminya.  Namun aku berdegil nak balik juga kerana nak berjumpa dengan emakku kerana emak sahaja yang boleh faham alahan yang aku alami ini.  Suamiku agak kekok dengan keadaanku. Katanya kakak-kakaknya semua tidak mengalami alahan seperti aku ketika mengandung (suami anak bongsu daripada 10 beradik).  Jadi aku rasa keseorangan mengalami alahan.  Tambahan pula selepas berbuka suami akan ke masjid untuk solat terawikh selepas itu biasanya dia terus lepak bersama kawan-kawan di kedai makan.  Aku tidak melarang kerana aku pun akan tidur sahaja sepanjang masa menahan rasa mual ini.

      Apabila menjelang kelahiran, emak ku dari semenanjung datang ke Sibu untuk bantu menjaga ku dalam pantang nanti. Waktu itu telah mula cuti sekolah(penggal 1) selama 3 minggu. Jadi aku berehat dan tidur saja dirumah kerana morning sickness masih seperti mual dan tidak tahan sebarang bau bauan masih terasa walaupun tidak teruk seperti trimester tempoh hari. Tapi emak ku membebel suruh aku aktif sikit supaya senang bersalin katanya. Lalu disuruhnya aku mencNgkul batas utk menanam keledek. Aku pun pergilah mencangkul batas ditepi halaman rumah. Selama beberapa hari aku mencangkul terjadilah 3 batasan pendek2 je. Kemudian aku pun tanam beberapa biji keledek di setiap batas.  

       Beberapa hari kemudian aku dapati lelehan cecair seperti air mula keluar dari vaginaku hingga aku perlu memakai pad seperti orang period. Tapi hanya air yang keluar. Keesokannya masih lagi sama, maka aku pun ke hospital Sibu untuk pemeriksaan memandangkan aku  menunggu hari bersalin dua minggu lebih lagi. Aku terus ditahan diwad, selepas scan doktor menyatakan baby dalam keadaan baik, mungkin ada kebocoran pada sarung amnion menyebabkan air ketuban keluar sedikit sedikit. Doktor juga menyatakan untuk tunggu sehingga datang gesaan untuk bersalin, namun selepas semalaman di wad aku masih tiada tanda2 sakit hendak bersalin. Maka pada petang hari kedua di wad, doktor telah memecahkan ketubanku, sakitnya….tapi masih boleh tahan. Kemudian aku dibawa ke wad bersalin.

         Namun hingga lewat petang pun aku masih tiada tanda sakit hendak bersalin. Berdebar usah kata, maklumlah anak pertama tak tau macamana sakit nak bersalin tu. Tengok pula orang lain dibilik sebelah2 yang menjerit kesakitan nak bersalin disamping suara nurse dan doktor suruh teran. Setelah pukul 6 lebih petang tu, baru lah bidan datang check laluan, sebelum tu ada beberapa kali doktor dan nurse biasa datang check laluan, masih 4cm kata mereka. Sebaik bidan check terus beliau tanya aku “dah berapa lama tak buang air besar ni?” Aku jawabje dah lebih seminggu, memang aku mengalami sembelit sepanjang mengandung seksa ya amay setiap kali nak membuang hingga berpeluh2 dan kebas kaki di dalam toilet.  Apalagi bidan terus memasukkan ubat ke dalam …….ku. Beberapa minit kemudian terus aku rasa nak membuang, aku tanya pada bidan tu boleh pergi tandas ke, marah dia. Katanya buang di atas katil aje, terus seorang nurse datang beri pada ku sebuah besen ayan. Aduh aku fikir macamana nak buang ni malu rasanya di situ, lalu aku cakap pada nurse tersebut untuk tutup langsir. Lalu ak pun melepaskan hajat ke dalam besen di atas katil.. huhu laju je keluar… kemudian nurse datang untuk membersihkan Ku, cekap betul nurse2 ni tanpa rasa jijik. Kagum aku. Terima kasih nurse.

        Selepas beberapa minit sahaja membuang, tiba2 aku mula rasa sedikit sakit di bahagian ari2.  Sakit sedikit kemudian hilang kemudian sakit semula. Sambil mengok jam aku pun kira jarak berapa minit kesakitAn tersebut ( sebab kawan2 yg dah bersalin cerita jika kekerapan sakit tu tinggi maknanya nak bersalin dah). Masa tu tak berapa kuat sakit sempat la tengok jam. Selepas sejam sakit semakin kuat dan semakin kuat…. Nurse check  bukaan katanya belum lagi.  Okay tapi sakit bertambah kuat dan terasa seperti kepala baby dah nak keluar. Tak tau macamna nak cerita sakitnya tu. Pada masa tu pula di bilik seberang sorang perempuan cina ke iban  sedang bertarung nak bersalin, tapi baby tak boleh keluar, ramai doktor dan nurse dah mengelilingi perempuan tu suruh dia teran. Aku dengar ada yang kata “teran…tak sayang anak ke?” Ibu tu pula menjerit2 meneran dalm kesakitan. Kemudian kutengok ada seorang dari mereka naik ke atas badan ibu tu untuk tolak perut supaya baby boleh dikeluarkan…. Kesudahannya aku tak pasti sebab lepas tu aku dah kesakitan yang amat sangat dan sakit tu semakin kerap. Dah tak tengok orang lain fokus diri sendiri je.

        Setiap kali sakit datang aku zikrullah sambil tahan sakit. Ada seorang nurse menunggu ditepi katil ku. Aku pun cakap kat nurse tu “sakitnya nurse dah nak bersalin agaknye”…selamba je nurse tu sambil bersandar punggunnya pada katil aku  dan sambil memandang ke luar bilik dia kata “nak beranak memanglah sakit”. Dalam hati aku kata sombongnya nurse ni patutnya tolonglah bagi kata2 perangsang, dah la aku ni beranak sulung. Sedih betul masa tu, dah la suami aku tak dipanggil masuk menemankan aku, pada dah beberapa kali aku cakap pada nurse untuk panggil masuk suami aku yang mungkin ada tunggu di luar wad. Masa awal tadi aku minta bidan panggil suami boleh dia tanya nak buat apa panggil? Aku pun cakap lah untuk azankan baby nanti, lepastu dia jawab “saya pun boleh azankan” dengan nada suara yangmenyakitkan hati. 

      Beberapa kali juga aku minta nurse yang lain pula panggil suamiku, namun suami ku tetap tak muncul. Jadi aku ahanya tawakal pada Allah sambil berzikir dan berdoa agar dipermudahkan.  Sungguh aku rasa kepala baby dah berada di hujung serviks ku…namun nurse yang jaga aku tu tetap kata belum lagi. Tak lama kemudian masuk doktor perempuan bertudung kecil aje orangnya cek bukaan aku, dan kata “okay dah boleh teran…”.  Aku pun terus teran. Tapi tak cukup nafas pulak, aku tarik nafas panjang dan terus meneran sekuat hati….Alhamdulillah terus keluar baby sulung ku pada teran kali kedua itu. Pada masa tu doktor masih tengah sedang memakai sarung tangan, terdengar olehku doktor tu cakap “eh tak sempat” sambil beliau ketawa kecil. Mungkin sebab belum sempat beliau selesai memakai glove baby aku dah keluar. LEGAnya rasa bila baby dah keluar.

    Agak lama juga aku tunggu doktor menjahit bukaan melahirkan. Kata doktor 16 jahitan supaya dapat jahitan yg halus dan kemas. Kemudian doktor bertanya sudah tengok baby ke belum, aku cakap belum. Dalam hatiku kenapa tak terus je tunjuk pada aku tadi masa baru dilahirkan. Aku pun lupa nak tanya sebab terlalu lega dari kesakitan selepas melahirkan.Tak berapa lama kemudian nurse menunjukkan padaku bayiku yang baru lahir sambil berkata girl ya dan menunjukkan gelang yang di pakai baby tertulis ‘baby of Asfadilla’. Bahagia betul masa tu. Setela selesai tugas doktor menjahit aku pun ditolak keluar darioada wad bersalin. Sebaik buka pintu nampak suamiku datang dan bertanya ‘dah bersalin ke?’. Sudah la aku jawab agak hairan suami ku tidak tahu. Aku ditempatkan di wad kanak-kanak dan bayi kerana menurut nurse aku perlu menjaga bayiku sendiri sepanjang di hospital. Syukur emak aku ada bersama di wad untuk membantu aku menguruskan bayi maklumlah pertama kali.  

     Tidak berapa lama nurse datang membawa bayi ku. Sedihnya tengok bayiku ada IV drip didahi. Menurut doktor hasil pemeriksaan air ketuban ku ada bakteria maka bayiku perlu antibiotik selama 7 hari. Nurse pula tak dapat cari salur darah di tangan atau kaki bayi untuk memasang IV drip. Hanya di dahi yang agak ketara. Risau betul aku masa tu maklumlah fikirku dekat sgt dgn otak. Tapi aku terpaksa redho agar bayiku sihat. Suami ku pun sampai dan menceritakan sebaik sahaja jumpa aku di luar wad bersalin, dia bertanya pada nurse di mana bayi kami. Suamiku pun pergi ke wad bayi baru lahir. Katanya dia lihat dari dinding cermin wad nampak katil bayi tu ada 6 bayi semua putih dan besar kecuali seorang yang agak kecil berbanding lain dan berkulit agak gelap. Kata suamiku masa melihat tu dia dapat rasakan anaknya mesti yg paling keci dan berkulit gelap sedikit tu kerana dia pun berkulit agak gelap. Kemudian suamiku masuk bertanya pada nurse yang menjaga untuk mengazankan anak kami. Lalu nurse menunjukkan anak kami yang mana, memang benar tekaan suami ku, anak kami yang paling kecil dan paling gelap kulitnya. Almaklum di Sibu memang populasi kaum cina paling ramai dan ramai juga bangsa Iban. Semua mereka ni berkulit putih. 

    Selama 7 hari lah aku perlu tinggal di wad menjaga anakku. Mujur ibuku ada menemani sepanjang berada diwad. Sanggup ibuku tidur diluar wad bergelandangan beralaskan lantai sahaja kerana risaukan anak perempuannya ini.  Waktu pagi ibu aku akan bantu aku mandikan bayi ku di sinki berhampiran katil wad walaupun nurse suruh ibu bayi sendiri buat. Hihihi. Disebabkan susu badan juga masih belum keluar ibu ku bancuhkan susu tepung yg disoroknya untuk diberi pada cucunda kerana nurse juga tidak benarkan susu formula di hospital untuk menggalakkan pemberian susu ibu. Masalahnya susu badan ku belum ada. Begitu lah seterusnya hingga cukul 7 hari barulah kami pulang ke rumah bersama bayi yang comel. Begitulah pengorbanan ibu utk anak perempuannya. Tak sanggup dia nak tinggalkan aku di hospital sendiri. Sedih bila ingat. Thats why setiap kali mak masuk hospital aku mesti cuba utk tunggu dia di hospital. 

     Kawan-kawan yang datang ziarah semua menyatakan muka anak ku saling tak tumpah seperti abah nyee. Kini dah jadi anak dara yang bijak dan baik berumur 19 tahun . Semoga terus menjadi anak solehah penyejuk mata mama dan abah. Sekian coretan ku……




    

CARA MASUK NAMA DALAM GERAN TANAH ADAT NEGERI SEMBILAN

 1. Sediakan    -Salinan Kad Pengenalan dan surat beranak semua adik beradik ( lelaki dan perempuan)   -Sijil kematian bonda  2. Pergi ke Pe...