Thursday, 22 December 2022

CARA MASUK NAMA DALAM GERAN TANAH ADAT NEGERI SEMBILAN

 1. Sediakan 

  -Salinan Kad Pengenalan dan surat beranak semua adik beradik ( lelaki dan perempuan)

  -Sijil kematian bonda 

2. Pergi ke Pejabat Tanah mukim 

3. Minta borang untuk masuk nama dalam geran. Jika kita ada geran, bawa sekali, jika tiada pejabat tanah boleh cari kan berdasarkan nama bonda kita dalam sijil mati. Akan dimaklumkan ada berapa geran yg mempunyai nama arwah bonda kita.

4. Untuk isi lengkap borang masuk nama, perlu ada salinan semua geran—>boleh minta pejabat tanah bagi semua salinan geran tapi kena bayar rm20 per geran. 

5. Isi borang, borang perlu tandatangan ketua suku ( jadi kena tahu suku apa, boleh tanya kt staff di situ berdasarkan tanah kampung kita) , kena buat appointment dengan ketua suku utk dia sign borang kita dan hantar semua salinan yg telah disediakan.

6. Bayar yuran proses rm 10 ( kalau tak silap, lupa)

7. Tunggu surat panggilan bicara dalam tempoh 6 bulan. 

8. Dapat surat bicara, maklumkan ketua suku untuk hadir semasa bicara ( ketua suku juga dapat surat ni).

9. Hadir perbicaraan pada tarikh yang ditetapkan bersama semua adik beradik. Jika ada yang tidak dapat hadir boleh isi borang wakil yang disediakan. Bawa salinan2 yang diminta dalam surat.

10. Tunggu surat keputusan bicara, selepas terima surat kelulusan masuk nama, pergi ke Pejabat Tanah lagi untuk masukkan nama dalam geran. Perlu bawa lagi salinan kad pengenalan semua adik beradik perempuan.

11. Selepas seminggu boleh ke Pejabat tanah untuk ambil geran / salinan geran yg ada nama kita.

Sekian. Boleh tahan rumitnya. 

No comments:

Post a Comment

CARA MASUK NAMA DALAM GERAN TANAH ADAT NEGERI SEMBILAN

 1. Sediakan    -Salinan Kad Pengenalan dan surat beranak semua adik beradik ( lelaki dan perempuan)   -Sijil kematian bonda  2. Pergi ke Pe...