Tuesday, 15 December 2020

MENGERJAKAN HAJI: PENGALAMAN DAN KENANGAN HAJI 1439H /2017M -(part 3): Makkah

 Setibanya di airport Jeddah kami dapat rasa suhu yang agak panas, tetapi kami memang maklum ketika itu bulan Julai adalah musim panas.  Kami menunggu bas untuk membawa kami ke hotel penginapan. Beg besar jemaah dimasukkan ke dalam lori untuk diangkut ke hotel, hanya jemaah dan beg hand carry dibenarkan naik bas.  Aku dan suami serta ahli bilik semasa di hotel TH mendapat maktab 76 dan hotel yang sama iaitu Hotel Fajar Bade' 3.  

Sesampai kami di hotel kami disambut oleh pemilik hotel dengan agak meriah, ada kek dan goodies yang mengandungi tasbih digital dan kurma diberi kepada setiap jemaah.  Jemaah dimaklumkan boleh terus naik ke bilik hotel mengikut nombor kunci yang diperoleh kerana beg besar akan dihantar oleh petugas lori ke floor masing-masing.  Namun aku suami dan rakan sebilik yang sama-sama terkandas tempoh hari masih tidak mendapat nombor bilik.  Kami 4 pasang suami isteri sabar menanti.  Setelah ketua maktab selesai memastikan jemaah lain masuk ke bilik masing, beliau menyemak bilik yang masih kosong kerana jemaah tersebut masih terkandas dikompleks TH Kelana Jaya.  Salah seorang dari kami memohon pada ustaz ketua maktab agar kami berempat ditempatkan sebilik jika boleh.  

Alhamdulillah kami dapat semua para isteri ditempatkan bilik yang sama, begitu juga para suami ditempatkan satu bilik pada floor yang sama dengan para isteri.  Bilik kami para isteri menempatkan 5 katil dan telah ada  seorang jemaah didalamnya yang sama penerbangan dengan kami namun ahli yang lain terkandas di Kelana Jaya.  Bilik para suami pula hanya menempatkan 4 katil.  Syukur Alhamdulillah.  Rakan sebilik ku , Azira seusia dgn ku, Fida muda setahun, keduanya daru KL, Kak Kamilah dari manjung,perak  dan Makcik Normah dari Felda Chini. 

Semasa tiba di Mekah aku dalam keadaan uzur syarie tapi aku berniat umrah juga dimiqat Bir Ali. Maka beradala aku dalam ihram sepanjang masa uzur tersebut 9 hari juga menjaga larangan dalam ihram. Namun setiap hari dan waktu solat aku tetap mengikut suamiku ke Masjidil Haram, tetapi aku akan duduk di bukit SAfa untuk berdoa sambil memandang Kaabah kerana dari Bukit Safa bolen nampak sebahagian Kaabah. Menurut ustaz pilot yg juga pemilik  Syarikat Umrah Andalusia ( kerana aku menggunakan syarikat ini utk mengerjakan umrah pada thn 2015) yg memberi taklimat untuk bakal jemaah umrahnya, jika tidak boleh solat pun jangan lah buang masa di hotel sahaja boleh duduk di tempat saie terutama Bukit Safa dan Marwah kerana itu juga merupakan tempat mustajab doa. Kerana doa Siti Hajar dimakbulkan Allah semasa berulang alik Safa dan Marwah. Dan tempat saie bukan masjid maka wanita uzur boleh berada disitu. Aku pun duduk disitu sambil berdoa dan memperbanyakkan zikrullah. Namun aku hamba Nya yg lemah kadang terlalai juga memerhatikan orang dari seluruh dunia bersaie. Begitu lah rutin ku sehingga habis tempoh uzur. Setiap hari lepas solat subuh suami ku akan terus berzikir dalam masjid hingga waktu solat isyraq dan seterusnya waktu untuk solat dhuha. Selepas itu baru lah kami balik ke hotel untuk sarapan atau kami berjalan ke kedai2 berhampiran masjid seperti safwa tower untuk bersarapan yg istimewa sedikit. Terdapat juga restoran Malaysia di dalam Safwa tower seperti d’Saji yang menjual teh tarik dan juga roti canai dan mee goreng. Dapatlah menghilangkan craving nak makan makanan Malaysia apabila lama berada di negara orang. Jika sarapan dihotel juga ramai peniaga indonesia atau Pattani yg menjual pelbagai juadah org Melayu seperti nasi lemak, laksam, kuih muih di depan hotel. Di ruang makan hotel juga ada di jual makanan sarapan org Melayu kerana pihak Muassasah memang tidak menyediakan sarapan pagi, hanya makanan tengahari dan malam disediakan untuk jemaah. Bagus juga pada fikiran ku, boleh lah kami mencuba makanan di arab pula.

Monday, 7 December 2020

Review ELECTROLUX cordless vacuum cleaner

 Assalamualaikum. Hari ini aku nak bg review sikit berkenaan cordless vacuum cleaner yg aku baru beli beberapa bulan lepas. Semasa vacuum lama yg sgt tradisional itu telah rosak, dalam kepala memikirkan samada hendak beli cordless stick vacuum atau vacuum jenis robot tu. Jadi aku pun mula membuat carian di internet review orang yang telah guna vacuum2 ini. Dari pembacaan, Dua dua ada kelebihan. Berkenan juga dengan robot ni sebab review orang yang dah guna senang sangat malam sebelum tidur diorang On kan robot tu akan vacuum satu rumah bila bateri dah nak habis dia otomatik masuk kt charger dia. Senangkan bangun tidur rumah dah bersih. Tapi lepas bincang2 dengan suami kami rasa tak sesuai robot ni di rumah kami sebab terlalu banyak barang takut robot tak dapat bergerak langsung. Makanya kami beli Cordless stick. Tak da lah beli yg jenama glamour seperti dalam cerita korea tu beribu harganya. Selepas kami bandingkan kekuatan sedutan dengan harga maka kami beli jenama Electrolux ni harga rm500++

 Cordless stick vacuum senang tak perlu nak pasang plug bagai bila nak guna. Rasa nampak aje ada kekotoran terus capai dan vacuum tapi yg penting lepas sahaja kita guna terus charge. Jadi rajin lah sikit aku vacuum rumah😊 Sekian cerita ku




Wednesday, 7 October 2020

UMRAH ZIARAH CAIRO DISEMBER 2019

Catatan perjalanan umrah ziarah Cairo - Madinah - Makkah
Kami mengikuti pakej daripada Andalusia Travel. 4 hari di Mesir, 3 hari di  Madinah dan 6 hari di Makkah.  Di Cairo kami menginap di hotel Pyramid Plaza. Hotel yang agak usang dan terletak di kawasan yang tak berapa cantik dan bukan di kawasan bandar tetapi boleh nampak piramid dari tingkap bilik hotel jika dapat bilik di tingkat yang atas( seperti saya sekeluarga dapat bilik di tingkat 10).  Mungkin itu sebabnya pakej Andalusia adalah pakej umrah ziarah cairo yang paling murah berbanding syarikat lain.  Asalkan kita dapat sampai cairo, ala-ala bajet. 

Hari pertama (14 Dis 2019)

Lawatan ke Piramid di Giza (hampir sahaja dengan hotel penginapan yg disediakan oleh agent - Pyramid Hotel). 

Seronok dapat tengok piramid, tak sangka besar betul. Untungnya pergi masa musim sejuk ni semasa melawat piramid taklah kepanasan kerana ianya terletak di kawasan lapang seperti di padang pasir.  Menurut suamiku yang pernah ke Cairo dulu pada musim panas iaitu bulan Jun, semua pelancong sekejap sahaja berada diluar, setelah mengambil beberapa keping gambar terus masuk dalam bas sebab tak tahan panas terik di sekitar piramid tersebut.

Setelah melawat piramid kami dibawa makan ke restoran yang agak mewah juga dengan berlatar belakangkan piramid.  
                        

                               
                                                        Di hadapan hotel kami menginap
                            
                                               Di kawasan sekitar piramid Giza








Gambar-gambar diatas ialah pemandangan di sekitar piramid di Giza. Terdapat 3 piramid dan 1 sphinx (yang kepala tu) di Giza.  Pada masa kami melawat piramid, kami tidak di bawa masuk ke dalam piramid kerana kata pemandu pelancong tiada dalam pakej... hmmm..frust juga.


Restoran mewah yang tempat kami lunch pada hari itu berdekatan Giza berlatarbelakangkan piramid.  Makanannya boleh tahan juga sedap dan pelbagai secara buffet.







Setelah itu, kami di bawa ke Masjid Amru Al Asr untuk solat.  Gambar diatas ialah sekitar masjid.  Menurut rakan sekerja ustazah yang pernah belajar di Mesir, masjid ini penuh dengan jemaah untuk solat setiap waktu dan sangat sesak pada solat Jumaat.  Tapi masa kami singgah kosong aje mungkin sebab bukan waktu solat.



Kemudian kami dibawa ke Masjid AlAzhar untuk solat di samping bergambar di hadapan masjid.  Berdekatan dengan masjid Al Azhar ialah pasar Alkhalili iaitu tempat membeli barangan dan cenderahati yang murah tetapi pemandu pe;ancong kami, Hisham berulang kali menyebut barangan di pasar ini tidak berkualiti kerana diimport dari China.  Maka kami pun tidak membeli apa2 di sini hanya melawat pasar sahaja. 


Malamnya kami dibawa ke kedai2 cenderahati yang menurut Hisyam menjual barang berkualiti, namun pada aku harga barang-barang disana agak mahal untuk dibuat cenderahati maklumlah kami ni dah banyak berhabis utk bayar pakej umrah ziarah ni.  Jadi kami hanya melihat lihat sahaja di semua kedai yang dikunjungi.  Tetapi ada juga makcik dari Sarawak tu aku tengok sakan membeli cenderahati seperti fridge magnet dan key chain. Aku pula berbisik pada suamiku supaya memberitahu Hisyam agar membawa kumpulan kami ke pasar Alkhalili semula nanti untuk membeli cenderahati.


HARI KEDUA (15 DIS 2019)






Tuesday, 6 October 2020

Mengerjakan Haji: PENGALAMAN DAN KENANGAN HAJI 1439H /2017M -(part 2):TERKANDAS DI KOMPLEKS TABUNG HAJI KELANA JAYA

 

Tiba hari yang dinanti iaitu tanggal 21 Julai 2017 aku pun menghantar anak-anak beserta barang mereka ke rumah ayahbondaku yang tinggal berdekatan sahaja.  Selepas solat maghrib aku dan suami pun berangkat ke Komplek Tabung Haji di Kelana Jaya dengan dihantar oleh adikku Amy dan suaminya kerana didalam surat makluman TH menyatakan kami perlu berada di Kompleks TH pada jam 11 malam.  Anak-anak tidak ikut serta kerana bimbang terlalu sesak orang di Kelana Jaya.  Di Kelana Jaya turut sama telah menanti di sana adikku Lora sekeluarga, abangku As dan isterinya serta kakak iparku Kak Jah dan suaminya. 

Namun apabila sampai di Kelana Jaya, kegembiraan dan debaran bertukar menjadi keliru apabila tiba-tiba suamiku mendapat panggilan dari HQ Tabung Haji menyatakan kami suami isteri tidak boleh berangkat malam ini kerana masih tiada visa.   Perasaanku bercampur baur tidak dapat menerima berita apakah ini?  Bukankah sepatutnya tiket kapal terbang ditempah berdasarkan visa?  Kami semua jadi 'blur' apakah yang perlu dibuat seterusnya? Apakah perlu balik rumah kami di Seremban tetapi bila pula kami akan berangkat?  Sungguh kelam kabut pada masa tu.  Mujur kak Jah iaitu kakak ipar ku yang telah mengerjakan haji beberapa tahun dulu tenang dan beliau telah pergi ke kaunter untuk bertanyakan adakah disediakan tempat tidur bagi jemaah yang tidak boleh berangkat malam ini. Syukur kami dimaklumkan boleh bermalam di hotel TH Kelana Jaya tersebut kerana masih ada kekosongan.  Maka adik-adikku dan kakak ipar sekeluarga pulang meninggalkan kami di Kelana Jaya kerana telah lewat malam.  Kami pun meninggalkan ruangan menunggu yang sesak di bawah masuk ke bilik hotel yang disediakan.  Tetapi bilik kami suami isteri berasingan iaitu bilik jemaah lelaki dan jemaah wanita.

Sesampai di bilik hotel aku lihat di dalamnya terdapat 5 katil, sepatutnya bilik berdua tapi ditambah lagi 3 katil tambahan.  Disebabkan telah tengah malam aku tiba dibilik maka semua ahli bilik yang ada telah tidur.  Aku pun masuk dengan senyap terus ke katil, solat dan tidur.  Sepanjang malam kedengaran pengumuman dari lobi memanggil nama-nama jemaah haji. Aku pun terus tidur.

Esok paginya selesai solat subuh aku berkenalan dengan ahli bilik yang lain.  Aku lupa nama mereka kerana hanya 2 malam tinggal bersama kecuali yang lagi 2 orang kerana kami sama satu bilik semasa di Mekah iaitu Azira dan Makcik Normah.  Azira, Makcik Normah dan seorang lagi jemaah sama seperti aku sepatutnya berangkat ke Madinah malam tersebut tetapi juga diberitahu tiada visa.  Seorang lagi jemaah menyatakan telah 4 malam tinggal di situ.  Oh... bertambah risau aku, adakah aku pun akan bermalam-malam harus tinggal di hotel menunggu visa?  Selepas berbual-bual barulah aku tahu nama-nama yang dipanggil pada malam tadi ialah nama jemaah yang sudah boleh berangkat kerana telah selesai masalah visa.  Aku pun tak tahu kenapa ada masalah visa sedangkan semuanya telah lengkap.  Setakat yang aku dengar-dengar namun tidak ada kesahihannya, timbul masalah visa kerana tahun ini pihak Arab Saudi sepenuhnya menguruskan pemberian visa tanpa dibantu petugas TH seperti sebelumnya, dan mereka telah membuka semua ikatan pasport yang pihak TH telah siapkan mengikut mahram masing-masing.  Maka apabila mereka tak jumpa mahram maka tak buat visa.  

Sepanjang kami tinggal di TH hotel segala kemudahan adalah ditanggung baik penginapan mahupun makanan. Alhamdulillah.  Bersyukur juga kami dapat bilik hotel kerana jemaah yang kemudian dikhabarkan hanya diberikan tempat tidur di dalam khemah besar yang khas disediakan ditepi bangunan hotel kerana bilik hotel tidak mencukupi.  Sempat juga saya dan suami mendobi baju di pusat dobi layan diri kerana kami hanya menggunakan pakaian yang kami simpan di dalam beg hand carry sahaja, tidak mahu mengkucar kacir kan barang di dalam beg besar. 

Petang hari kedua kami semak nama jemaah yang telah mendapat visa di pejabat kecil operasi di tingkat bawah hotel.  Nama ahli sebilik semua ada dalam senarai tetapi nama kami masih tiada. Namun aku dan suami tidak berputus asa, selepas solat isyak lebih kurang pukul 10 malam kami ke bilik operasi TH lagi untuk menyemak nama, Alhamdulillah nama kai ada dalam senarai untuk bertolak malam tersebut.  Sungguh kelam kabut kami mengemas barang kerana kami harus bersedia menunggu di lobi jam 12 malam.  Menambahkan lagi kelam kabut,  suami ku perlu membuka beg besar yang ditinggalkan di lobi sahajan untuk mengambil kain ihram kerana penerbangan yang terkini kami dapat akan masuk ke Makkah terus sedangkan ikut surat yang kami terima tempoh hari kami masuk Madinah dahulu. Dalam keadaan kelam kabut kerana agak gementar untuk penerbangan, kunci beg besar suami ku pula stuck tak boleh buka, terpaksalah ketuk dan pecahkan kuncinya.

Pada malamnya, kami sedia menunggu di lobi menunggu nama dipanggil untuk menaiki bas.  Lagi sekali masalah timbul, kami semua sebilik tiada pasport pulak katanya pasport masih di HQ.  Aduh sedihnya, namun kami tidak putus asa terus berdoa agar petugas di HQ sempat tiba di komplek TH untuk menghantar pasport kami sebelum penerbangan.  Tetapi suami kepada seorang makcik sebilik kami telah berputus asa dan terus mengajak isterinya naik bilik semula.  Akhirnya, nama aku dan suami dipanggil dengan gembiranya aku dan suami bergegas menarik beg pergi menaiki bas.  Dan kami dapat berita selepas itu, makcik dan suaminya yang telah putus asa itu memang terkandas lagi sehari.  

Kesemua 10 buah bas mula bergerak pada pukul 4 pagi. Sepanjang perjalanan di dalam bas kami bersyukur teramat sangat.  Tambahan pula terasa seperti VIP kerana 10 buah bas yang bergerak membawa jemaah malam itu di escort oleh polis trafik yang mana akan menahan kenderaan lain dari melalui haluan bas jemaah untuk ke KLIA.  Kami menaiki kapal terbang sebelum waktu subuh maka kami aku dn suami bersiap sedia mengambil wuduk sebelum menaiki kapal terbang untuk soalat subuh di dalam kapal nanti walaupun semasa kursus dimaklumkan kami boleh solat hormat waktu.  Tetapi bagi kami, jika menuju ke Makkah bermakna kami memang sudah menghadap kiblat maka boleh lah kami solat duduk dengan menghadap kiblat.





CARA MASUK NAMA DALAM GERAN TANAH ADAT NEGERI SEMBILAN

 1. Sediakan    -Salinan Kad Pengenalan dan surat beranak semua adik beradik ( lelaki dan perempuan)   -Sijil kematian bonda  2. Pergi ke Pe...