Tuesday, 15 December 2020

MENGERJAKAN HAJI: PENGALAMAN DAN KENANGAN HAJI 1439H /2017M -(part 3): Makkah

 Setibanya di airport Jeddah kami dapat rasa suhu yang agak panas, tetapi kami memang maklum ketika itu bulan Julai adalah musim panas.  Kami menunggu bas untuk membawa kami ke hotel penginapan. Beg besar jemaah dimasukkan ke dalam lori untuk diangkut ke hotel, hanya jemaah dan beg hand carry dibenarkan naik bas.  Aku dan suami serta ahli bilik semasa di hotel TH mendapat maktab 76 dan hotel yang sama iaitu Hotel Fajar Bade' 3.  

Sesampai kami di hotel kami disambut oleh pemilik hotel dengan agak meriah, ada kek dan goodies yang mengandungi tasbih digital dan kurma diberi kepada setiap jemaah.  Jemaah dimaklumkan boleh terus naik ke bilik hotel mengikut nombor kunci yang diperoleh kerana beg besar akan dihantar oleh petugas lori ke floor masing-masing.  Namun aku suami dan rakan sebilik yang sama-sama terkandas tempoh hari masih tidak mendapat nombor bilik.  Kami 4 pasang suami isteri sabar menanti.  Setelah ketua maktab selesai memastikan jemaah lain masuk ke bilik masing, beliau menyemak bilik yang masih kosong kerana jemaah tersebut masih terkandas dikompleks TH Kelana Jaya.  Salah seorang dari kami memohon pada ustaz ketua maktab agar kami berempat ditempatkan sebilik jika boleh.  

Alhamdulillah kami dapat semua para isteri ditempatkan bilik yang sama, begitu juga para suami ditempatkan satu bilik pada floor yang sama dengan para isteri.  Bilik kami para isteri menempatkan 5 katil dan telah ada  seorang jemaah didalamnya yang sama penerbangan dengan kami namun ahli yang lain terkandas di Kelana Jaya.  Bilik para suami pula hanya menempatkan 4 katil.  Syukur Alhamdulillah.  Rakan sebilik ku , Azira seusia dgn ku, Fida muda setahun, keduanya daru KL, Kak Kamilah dari manjung,perak  dan Makcik Normah dari Felda Chini. 

Semasa tiba di Mekah aku dalam keadaan uzur syarie tapi aku berniat umrah juga dimiqat Bir Ali. Maka beradala aku dalam ihram sepanjang masa uzur tersebut 9 hari juga menjaga larangan dalam ihram. Namun setiap hari dan waktu solat aku tetap mengikut suamiku ke Masjidil Haram, tetapi aku akan duduk di bukit SAfa untuk berdoa sambil memandang Kaabah kerana dari Bukit Safa bolen nampak sebahagian Kaabah. Menurut ustaz pilot yg juga pemilik  Syarikat Umrah Andalusia ( kerana aku menggunakan syarikat ini utk mengerjakan umrah pada thn 2015) yg memberi taklimat untuk bakal jemaah umrahnya, jika tidak boleh solat pun jangan lah buang masa di hotel sahaja boleh duduk di tempat saie terutama Bukit Safa dan Marwah kerana itu juga merupakan tempat mustajab doa. Kerana doa Siti Hajar dimakbulkan Allah semasa berulang alik Safa dan Marwah. Dan tempat saie bukan masjid maka wanita uzur boleh berada disitu. Aku pun duduk disitu sambil berdoa dan memperbanyakkan zikrullah. Namun aku hamba Nya yg lemah kadang terlalai juga memerhatikan orang dari seluruh dunia bersaie. Begitu lah rutin ku sehingga habis tempoh uzur. Setiap hari lepas solat subuh suami ku akan terus berzikir dalam masjid hingga waktu solat isyraq dan seterusnya waktu untuk solat dhuha. Selepas itu baru lah kami balik ke hotel untuk sarapan atau kami berjalan ke kedai2 berhampiran masjid seperti safwa tower untuk bersarapan yg istimewa sedikit. Terdapat juga restoran Malaysia di dalam Safwa tower seperti d’Saji yang menjual teh tarik dan juga roti canai dan mee goreng. Dapatlah menghilangkan craving nak makan makanan Malaysia apabila lama berada di negara orang. Jika sarapan dihotel juga ramai peniaga indonesia atau Pattani yg menjual pelbagai juadah org Melayu seperti nasi lemak, laksam, kuih muih di depan hotel. Di ruang makan hotel juga ada di jual makanan sarapan org Melayu kerana pihak Muassasah memang tidak menyediakan sarapan pagi, hanya makanan tengahari dan malam disediakan untuk jemaah. Bagus juga pada fikiran ku, boleh lah kami mencuba makanan di arab pula.

No comments:

Post a Comment

CARA MASUK NAMA DALAM GERAN TANAH ADAT NEGERI SEMBILAN

 1. Sediakan    -Salinan Kad Pengenalan dan surat beranak semua adik beradik ( lelaki dan perempuan)   -Sijil kematian bonda  2. Pergi ke Pe...