Sunday, 14 November 2021

PENGALAMAN BERSALIN CEASER ~ANAK BONGSUku Nurliyana Aqilah

 Dilahirkan jam 3.15 petang 15 Jun 2005 di Hospital Besar Seremban (sekarang hospital Tuanku Jaafar) secara ceaserian kerana kedudukan songsang.

Hujung tahun 2004 bulan Nov sebelum cuti sekolah bermula aku dah mula rasa mual lain macam. Berdasarkan pengalaman sebelum ni terus aku yakin yang aku dah mengandung. Masa ni aku masih di Sibu Sarawak, belum lagi berpindah ke Seremban.  Lagi seminggu nak bermula cuti kami dapat surat kelulusan utk berpindah ke Seremban. Walaupun gembira tapi mual dan loya tu menyebabkan aku rasa macam dalam dunia sendiri je.  Semakin lama semakin kuat rasa mual, seperti ada sesuatu yg tersekat di tekak, kepala pening …. Tak dapat nak digambarkan rasa loya sentiasa. Tapi aku gagahkan diri utk ke sekolah, mujurlah dah habis peperiksaan, cuma tinggal urusan report card dan lain hal sebelum cuti sahaja. Pada masa tu mak abah dan adik aku pula datang, tak mampu aku nak entertain mereka sebab badan sendiri pun aku dah tak mampu jaga.  Suami aku yang uruskan semua, dan kadangkala mereka pergi jalan2 sendiri menaiki teksi. selepas seminggu keluargaku balik ke Semenanjung.

Bermula cuti sekolah kami pun balik ke Semenanjung walaupun akan berpindah kerana pada masa tu Hari Raya Aidilfitri tak lama lagi. Kami bercadang selepas raya iaitu lebih kurang 2 minggu kami balik semula ke Sibu utk proses mengangkut brg utk pindah. Tapi semakin lama aku merasa semakin mual dan tak berdaya utk balik semula ke Sibu, jadi suamiku balik ke Sibu seorang diri sahaja utk proses perpindahan kami ke Semenanjung. Hangus sahaja lah tiket flight aku, tapi tiket memang diberi percuma utk pindah. Sesampanya suamiku di rumah Sibu beliau beritahu rumah kami telah dimasuki perompak. Habis semua barang elektrik dicuri tv 2 buah, vacuum, radio, vcd, camera, cerek, mesin jahit, kain sampin songket dan jeans suami yg dh ketat pun habis dicuri. Berterabur semua barang2 yg kami dah kemas dan masuk kotak sebelum balik semenanjung tempoh hari. Padahal pintu sliding kami dah rantai dan engsel tambahan di pintu utama. Tapi sang pencuri masuk ikut tingkap bilik air tingkat bwh dgn mengkuak kan sedikit sahaja grill besi tingkap. KemudiN mereka mengangkut keluar barang2 melalui pintu ke beranda dibilik tingkat atas. Menurut suami malam tu beliau tidur sambil pegang parang panjang kerana kuatir sang pencuri kembali utk ambil barang yang tidak sempat diambil sebelumnya kerana masih terdapat barang2 lain yg telah siap dikumpulkan di luar rumah tapi belum diangkut.  Esoknya suamiku buat laporan polis dan polis pun datang ambil2 gambar ( buat syarat je kot sbb tak ada apa2 tindakan pun selepas tu). Kami pun malas nak fikir kerana dah nak pindah semenanjung. Suamiku pun terus menguruskan perpindahan kami utk mengangkut barang dan kereta menggunakan kontena.

Mula sesi persekolahan Januari 2005 aku mula mengajar di SMK Tuanku Ampuan Najihah. Beberpa minggu aku mengajar aku kena demam campak. Apabila disahkan kena demam campak baru lah aku pergi mendaftar untuk check up di Kelinik Kesihatan Paroi. Jika aku tak demam tu mungkin aku tunggu beberapa bulan lagi baru pergi check up sebab malas nak menunggu di KK.(hihihi berani kan) masa first day sampai KK tu aku daftar dikaunter aku dah maklumkan yang aku sedang demam campak, nurse tu macam okay je dan suruh aku tunggu giliran macam biasa. Tiba giliran aku dipanggil aku pun masuk bilik pemeriksaan tiba2 doktor dan nurse dalam bilik tu gelabah suruh aku beredar sebab takut menjangkit kepada ibu mengandung lain dan baby katanya. Mereka suruh aku buat pemeriksaan di tempat rawatan pesakit luar pulak. so aku terpaksa mendaftar di kaunter rawatan sakit luar dan menunggu giliran lagi. Tiba giliran aku, doktor disitu pula hairan kenapa dtg situ kerana aku nak check up mengandung, aku pun beritahu kejadian di tempat rawatan ibu mengandung tadi. Doktor di situ rujuk aku kepada doktor kesihatan keluarga ke masyarakat begitu lah, aku dah lupa. Bertemu doktor disini tiba2 aku kena marah, aku dah tak ingat apa yang dia marah. Bengang betul aku masa tu. Habis je jumpa doktor masa tunggu ambil ubat, aku ternampak ada kotak aduan. Terus aku tulis semua yang berlaku dari tadi dan masukkan dalam kotak aduan.

Bulan depannya aku datang untuk check up mengandung lagi terus nurses dan doktor disitu tanya ini yang datang hari tu kena demam campak ye, aku pun mengiyekan. Terus mereka semua beri layanan baik punye ye. Dengan cepat dapat masuk buat pemeriksaan. Aku suspect aduan aku sampai kepada pengarah KK dan semua kena marah dengan pengarah KK tu agaknya.  Mana aku tak buat aduan semua halau aku ke sana sini macam aku kena kusta pulak. Sepatutnya mereka beri kan solution yang betul.

Sepanjang mengandung kali ini aku dah boleh kawal muntah walaupun mual. Tapi aku tak boleh minum air masak atau air kosong, hanya rasa nak minum air soya je pada awal kehamilan, selepas lebih kurang 6 bulan tu rasa nak minum teh ais aje. Bila dahaga sangat nak minum air kosong aku kemam air batu dalam mulut sepanjang masa, sebab bila tak ada apa dalam mulut aku tak boleh telan air liur sendiri sebab terasa payau dan menyebabkan aku terpaksa kerap ludah air liur . Jika di rumah aku memang sediakan bekas yg aku isi tisu untuk bekas aku meludah. Seksa juga lah tak boleh telan air liur sendiri, sebab geli juga tengok ludah sendiri. Bau bauan masakan, minyak wangi, sabun, deodoran dan minyak angin semua memang aku alah. Rasa nak muntah kalau terbau. Begitulah keadaan kuhingga aku bersalin. Badan sentiasa rasa tak selesa, tapi gagah juga pergi kerja sebagai guru. Ku gagahi mengajar waktu itu subjek Sains dan pendidikan jasmani. Dengan perut membondong ke padang ajar PJ dan juga bertugas hari sukan. Sedih juga rasa masa tu sebab semasa di sarawak, sekolah cina pun tau kesian dengan guru mengandung. Hari sukan guru mengandung ditugaskan jaga makanan dalam bilik khas aje. Tapi di semenanjung ni tsk kira keadaan kau macamana, tugas sama mcm org lain. Waktu tu aku kena menjadi pencatat masa bagi hari sukan dan juga semasa saringan. Letih dan panas berada di padang hingga petang.

Cuti sekolah pertengahan penggal satu pada hujung bulan mei aku check up lagi di klinik kesihatan, waktu ini, nurse2 agak muda check perut aku, katanya bagus kepala baby dah turun, kemudian datang nurse yg senior pulak check perut aku, tetiba dia cakap kenapa kepala baby mam lembut je? Kena scan ni. Terus ke bilik doctor untuk scan, dan keputusan scan menakut kan aku. Doktor beritahu baby breech..songsang. Doktor arah kan aku untuk terus ke hospital dengan ambulans sebab katanya mesti ceasar sebelum sakit memandangkan due aku melahirkan lagi 3 minggu. Tapi sebab aku takut aku pun bagi alasan pd doktor untuk balik rumah ambil barang2 dulu nanti aku pergi sendiri hospital. Doktor pun memberiku surat rujukan. Aku pun balik rumah dengan rasa yang tak tentu arah kerana takut. Doktor siap pesan jangan pergi urut utk betul kan takut baby terbelit. Aku tak pergipun hospital sebab takut. Mujurlah masa tu cuti sekolah seminggu jadi aku hanya duduk rumah diam-diam dan buat solat hajat dan istikharah mohon Allah bantu dan beri yang terbaik untukku dan baby ni.  Aku ajak suami pergi check di Klinik Pakar Rekha sebab klinik ni terkenal sebagai pakar sakit puan di SEremban.  Dr Rekha maklumkan memang baby breech tapi boleh lahirkan secara normal jika aku nak cuba sebab katanya baby dalam keadaan lipat kijang iaitu kepala di atas, punggung di bawah dan kaki terlipat lurus ke atas. 

Selepas seminggu aku berdoa akhirnya aku buat keputusan untuk menyerah diri di Klinik Kesihatan semula. Aku redho jer doc dan nurses semua membebel marah dengan tindakan aku, kata mereka itu bukan takut tapiberani sangat ambil risiko. Misi cakap nak ke nanti anak cacat sebab kalau bersalin normal, semasa baby ditarik ada risiko bahu baby tersangkut dan jika ditarik juga boleh merosakkan saraf tunjang baby. Seram betul aku masa tu. KK pun buat surat rujukan yang baru untuk aku masuk wad bersalin di Hospital Besar Seremban (sekarang hospital Tuanku Jaafar).  Aku tak berlengah lagi terus mendaftar di hospital, dan doktor disana beritahu akan jalankan pembedahan secepat mungkin sebelum aku sakit contraction.  

Alhamdulillah pembedahan berjalan lancar, keluarlah puteri kedua ku Nurliyana Aqilah pada pukul 3.15 ptg 15 JUN 2005 dengan berat 2.65 kg. Sudah membesar anakku ini menjadi remaja yang cantik dan bijak solehah. Semoga menjadi anak yang berbakti kepada orang tua.


No comments:

Post a Comment

CARA MASUK NAMA DALAM GERAN TANAH ADAT NEGERI SEMBILAN

 1. Sediakan    -Salinan Kad Pengenalan dan surat beranak semua adik beradik ( lelaki dan perempuan)   -Sijil kematian bonda  2. Pergi ke Pe...