Walaupun tak pernah ke luar negara sebelum ni, berani kan diri juga pergi berdasarkan tunjukajar adikku yg dah beberapa kali ke London sendiri.
Perkara yg penting perlu dibuat ialah:
1. Kumpul duit secukupnya
2. Survey harga tiket flight yg murah atau offer. Beli masa tengah murah maknanya beli awal. masa tu aku beli tiket flight KLM (Netherland flight) lebih kurang rm 13 k utk kami berempat pergi balik. Dari Kuala Lumpur ke airport heathrow ada transit dan tukar flight di Netherland lebih kurang sejam. Aku cadangkan jika ada pertukaran flight elok ambil yg transit lebih lama supaya kita sempat nak ke tandas dan beli makanan dan lain2. Aku dulu kelam kabut dan berkejar2 utk tukar flight dgn anak nak ke tandas bagai. Setelah jalan2 di London selama 6hari 5 malam kami naik train ke Paris. Tiket train juga sudah dibeli secara online dari Malaysia. Dan pastikan anda berada di station trainsejam awal kerana agak keliru juga train yg mana dan di route mana kita perlu tunggu, jenuh juga aku tanya orang di station. Selepas jalan2 Paris selama 4 hari 3 malam kami balik Malaysia melalui airport Paris, Charles de Gaulle Airport. Masa balik ni memang kami awal2 dah sampai airport takut kejadian masa nak naik train ke Paris tempoh hari jadi lagi, memang cemas. Kali ini tiada pertukaran flight jadi lega sikit.
3. Survey tpt penginapan yang dekat dgn station metro supaya senang nk bergerak ke mana2. Macam kami, di London sewa di Mara House berdekatan dengan station Paddington, lebih kurang 300m sahaja. Amat mudah jika nak ke mana2 dgn train dan beli kad utk naik train mcm kad touch n go mudah top up sahaja. Kami beli 2 kad sahaja kerana anak2 11 thn ke bawah naik train percuma.
4. Senaraikan tempat2 menarik yg hendak dilawati dalam bandar London. Kalau luar London, boleh cari pakej melalui online shj. Saya ambil pakej untuk ke Bath dan Winsor Castle kerana agak jauh dari Kota London jadi tiada metro ke sana.
5. Print peta laluan metro utk tahu nak berhenti di station mana yg berdekatan dgn tpt yg hendak dilawati.
6. Jgn bawa baju byk sgt. Boleh beli baju yg murah di Primark London. Kalau tak cukup baju lah.
7. Beli tiket train ke Paris secara online juga lebih awal iaitu dari Malaysia. Harga lebih murah.
8. Kalau nak pergi Disneyland Paris juga beli online dari Malaysia. Lebih murah.
9. Di Paris pun mesti cari hotel bajet yg dekat dgn station metro supaya mudah bergerak. Kami tinggal di hotel bajet berdekatan station Chateu du. Kebetulan pula tepi hotel terdapat satu lorong yg terdiri dari kedai2 india yang halal. Sedap nasi briyani disana. Mungkin juga sebab suasana sejuk.
10. Setiap kali keluar ke mana2 destinasi ready lah sedikit makanan jika semasa berjalan tak jumpa makanan halal. Lapar nanti sebab cuaca sejuk walaupun musim panas.
11. Bawa juga sweater nipis walaupun pergi masa summer.
12. Seeloknya pergi semasa musim panas atau summer sebab siangnya panjang. Pukul 5 pagi matahari dah mencarak dan pukul 9.30 malam baru maghrib. So dulu ku selalu jamak taakhir di bilik penginapan sahaja. Selepas berjalan2 pukul 8 malam baru gerak balik. ( tapi rupanya kini 2020 baru aku tahu yg semasa di London 5 malam tu aku tak boleh Jamak sebab melebihi syarat). Nak buat macam mana dah terlanjur, agak kurang ilmu masa tu.
Sekian tips hari ini.

Gambar2 my family semasa travel ke London Paris 2012....
Eiffle Tower
LONDON EYE
NAIK KUDA di depan eiffle kerana tak terdaya nak beratur untuk naik tower, berlingkar-lingkar orang beratur maklumlah Summer semua orang bercuti.
Sekitar Covent Garden... biasa sahaja cuma ada kedai2
HARRODS... mampu beli soft toy aje.
MUSEUM ...
BIG BEN
DI PARIS... Arc de Triomphe
TOWER BRIDGE
TOWER BRIDGE
PERINGATAN PRINCESS DIANA N DODI ALFAYED dalam Harods
TRAFALGAR SQUARE
BATH tapi tak masuk pun dalam tempat mandi raja2 diorang tu. Kena bayar...
Stonehenge

No comments:
Post a Comment