Perginya bonda tercintaku pada tanggal 21 mac 2018.
Momen2 terakhir....sebelum kembali pada yang Maha Esa...12 Jan 2018- mak jatuh dalam bilik selepas ambil wudhu utk solat subuh. Katanya kaki tersadung carpet depan katil. Amy terus bawa ke Salam Med.Ctr. Laporan x-ray patah head of femur. Perlu bedah utk ganti bhg yg patah tapi pakar2 semua cuti. So bawa balik mak ke rumah.
14 Jan- selepas sehari berbincang adik beradik, bawa mak ke HUKM kerana ada Doc Hamat yg merupakan kawan baik zam suami amy. Sampai hospital rupanya mak tak sihat. Demam dan tidak stabil. So doc ckp perlu tggu hingga stabil baru boleh bedah masuk besi dgn byrn rm8000.
Lepas seminggu- keadaan mak dah stabil menurut physician tapi pakar tulang refuse utk bedah kerana mak delirium. Menurut pakar tu nanti tak boleh ikut prosedur utk rehabilitation.
Bincang adik beradik- buat keputusan pindah KPJ Seremban selepas mendapat persetujuan Doc di Hukm berkaitan kesihatan mak dan juga Doc pakar tulang di KPJ.
Jumaat - pembedahan di jalankan dengan bius separuh badan sebab kalau bius penuh ditakuti jantung mak berhenti kerana high risk to get cardiac arrest memandangkan jantung mak memang lemah lately. Pembedahan berjaya.
Day 1 after pembedahan mak ok.
Day 2 tiba2 blood pressure turun mendadak so admit ICU.
Day 3 n 4 di ICU
Day 5 till tak ingat berapa hari di HDU.
Then masuk wad biasa seminggu.
Bawa balik rumah. Condition stabil, luka makin sembuh tapi mak still delirium. Suka zikir kuat2 diselang dgn perkataan 'sakit'. Sakit perut katanya bila kami tanya sakit apa. Makan pun tak selera lagi sedangkan sebelum jatuh asyik nak makan je. Dirumah, waktu pagi kami hire nurse utk mandikan bersihkan dan rawat. Hire fisioterapis juga. Disamping tu bibik juga ada utk jga mak.
Tapi mak tak mahu berdiri. Duduk pun kena pegang kalau tak dia rebah. Mak dah macam orang kena stroke terbaring sahaja. Bergerak bila ada orang gerak kan je. Makan ubat sungguh susah. Makan makanan lain pun susah. Terpaksa kami jadi seperti mendera supaya mak telan juga nestum yg disuap. Minum je boleh itupun mesti air yg manis.
Namun selepas lebih kurang 2 minggu suatu pagi kami dapati bibik dah lari. Adik beradik terus buat keputusan supaya mak diletakkan dirumahku kerana aku bekerja separuh hari kerana bertugas sebagai guru. jadi waktu pagi sewaktu aku pergi mengajar, kami hire nurse untuk uruskan mak disamping abah yang juga tinggal dirumahku sebagai pemantau. Nurse akan jaga mak hingga pukul 1. Aku balik sekolah lebih kurang 2.30 pm kalau tiada mesyuarat, aku sambung jaga mak. Bagi ubat, tukar pampers, bagi mkn dan minum. suami dan anak juga turut bantu. Disamping itu, kami bergilir-gilir membacakan Al-QURAN di sebelah mak dengan harapan mak sembuh dan boleh ingat semula. Setiap hari juga aku bacakan selawat syifa, bismillah lima dan doa2 tertentu sambil usap kepala dan dada bonda kerana bonda batuk agak teruk.
Seminggu lebih bonda dirumahku keadaannya semakin lemah. Bonda tidak mahu makan dan minum. Selepas berbincang dengan adik bongsu yang merupakan bekas nurse, kami bawa bonda ke Hospital KPJ. Di sana nurse tanya kenapa sebab bonda hanya lemah tiada apa kecemasan, maka aku pun cakap supaya hospital boleh iv drip air kerana bonda tidak mahu telan apa-apa pun termasuk air. Maka bonda dimasukkan ke wad HDU (utk pesakit yang kurang kritikal daripada ICU) kerana bacaan jantung agak kurang baik. Jika aku baca tekanan jantung bonda pada mesin lebih kurang 60/40 sahaja, kalau naik pun sekitar 70/50 sahaja. Bacaan oksigen juga tidak 100. Setiap kali menziarah (sebab kami tak boleh tunggu atau teman pesakit dalam wad HDU) aku bacakan surah Yasin dan sebelum balik aku bisik pada telinga bonda minta ampun segala salah silapku sambil menangis walaupun bonda tidur sahaja. Setiap kali nak balik juga aku takkan cakap pada bonda yang aku nak balik sebab tak mau dia sedih ditinggalkan sbb walaupun tidur mungkin bonda faham jika dia ditinggalkan.
Hari Jumaat 17/3 sebelum cuti sekolah Mac dapat berita Penolong Kanan Akademik sekolah ku yang mengidap kanser usus meninggal dunia. Jadi petang harinya aku pergi menziarahi jenazah. Malamnya aku ziarah bonda. Bonda dah dipindahkan ke wad biasa at as permintaan kami adik beradik tetapi doktor maklumkan perlu sentiasa ada orang disamping bonda kerana jantungnya agak lemah jadi boleh berhenti bila2 masa. Adik bongsu Fatin telah membuat keputusan bercuti separuh gaji untuk menjaga bonda sepenuhnya selepas keluar dari hospital nanti. Bonda memang masih tak mau makan dan minum sendiri jadi kami berikan bonda minum susu khas melalui tiub. Sedih aku lihat keadaan tu dan kehadiran aku malam tu untuk belajar cara memberi susu melalui tiub dari adikku. Malam itu juga aku bacakan doa untuk mengelakkan stroke, agak panjang juga kerana ada asmaul Husna. Bonda jaga masa dan ikut sama baca doa terutama asmaul husna walaupun tidak berapa jelas sebutannya. Aku rasa lega bila bonda boleh ikut bacaan doa tu. Malam tersebut giliran adik bongsu, Fatin menemankan bonda di wad, jadi aku balik ke rumah.
Esok paginya giliran adikku no. 2 Lora pula. Lora berada di wad bersama suami dan anak2nya. Tengahari tu Lora update keadaan bonda sebab doktor datang check up di bilik. menurut doktor keadaan semakin stabil, bacaan buah pinggang dan jantung semakin baik dan mungkin beberapa hari lagi boleh balik ke rumah. Aku gembira dapat berita itu. Tiba-tiba lebih kurang pukul 2.30 adikku maklumkan jantung bonda berhenti dan doktor sedang buat CPR. Terrkejut dan cemas, aku bersama suami dan anak-anak bergegas ke hospital. Dalam perjalanan aku tak putus sedekah Alfatehah buat bonda dan berdoa moga Allah beri yang terbaik. Sampai dihospital adikku masih tidak diberitahu keadaan bonda mungkin doktor masih sedang berusaha. Kami semua menunggu sambil membaca surah Yasin.
Tak lama kemudian doktor maklumkan agar panggil semua adik beradik dan bersedia untuk menerima pelbagai kemungkinan. Jantung bonda berjaya berdegup semula tetapi dengan bantuan mesin dan ubat yang tinggi. Bonda juga perlu bantuan pernafasan sepenuhnya, Justeru bonda perlu diletakkan di wad ICU.
Keesokan harinya doktor minta kami berbincang mungkin untuk memindahkan bonda ke hospital kerajaan kerana kos yang tinggi bagi wad ICU di KPJ (rm 5k ++ semalam) memandangkan bonda tiada insurans perubatan. Tetapi doktor juga maklumkan jika dihospital kerajaan alat bantuan pernafasan adalah terhad jika ada ramai pesakit yang perlukan bantuan pernafasan maka biasanya doktor akan utamakan pesakit yang lebih muda dan mempunyai chances hidup lebih tinggi. Sedihnya kami masa tu. Maka kami beritahu kami kekalkan bonda di KPJ juga walaupun harus bayar dalam jumlah yang banyak. Kami sepakat gunakan wang simpanan bonda sendiri yang agak banyak juga, biarlah duit tu digunakan untuk diri bonda sendiri demi kebaikan bonda juga.
Esoknya doktor maklumkan yang bonda langsung tidak menunjukkan tanda bernafas sendiri walaupun sedikit bermakna seratus peratus bergantung kepada alat bantuan pernafasan. Justeru doktor lagi sekali minta kami adik beradik membuat keputusan samada hendak meneruskan bantuan pernafasan atau bawa bonda pulang ke rumah kerana menurut doktor kebiasaan pesakit seperti ini memang tiada harapan sembuh. aku memang menangis sungguh-sungguh setiap kali masuk ke wad icu sambil peluk tubuh bonda. Kami hanya boleh masuk berdua setiap kali ke dalam wad, jadi kami bergilir masuk. Setiap malam aku tidur di luar wad bersama adik bongsu bimbang apa2 perkara mengejut berlaku pada bonda.
Hari seterusnya, disebabkan kami masih tak dapat memberi kata putus maka doktor mencadangkan agar dibuat BRain scan pada bonda untuk melihat brain activity. kami setuju walaupun bayarannya mahal.
Hasil keputusan Brain scan meluluhkan hatiku.... dua orang pakar brain mengesahkan 'No brain activity'. Bermakna bonda memang tidak boleh bernafas sendiri langsung dan otak langsung tidak berfungsi. Kami pun mencari maklumat berkaitan brain death dan bertanya pendapat ustaz-ustaz yang mahir samada orang brain death dianggap telah tiada. Menurut ustaz A memang telah tiada. Maka dengan hati yang sangat sangat berat dan pilu kami bersetuju untuk menghentikan bantuan pernafasan dan membawa pulang bonda.
Maka pada 21 Mac 2018 jam 11 am Bonda dibawa naik ambulans dan diberikan bantuan pernafasan mobile kepunyaan hospital sehingga sampai ke rumah. Kami letakkan tubuh bonda di atas katilnya sendiri di dalam bilik bonda selama ini. Dan adik bongsuku (atas permintaannya)yang menanggalkan segala tiub pada alat bantuan pernafasan kerana katanya tak mahu bonda sakit jika segala tiub dicabut dengan kasar. Sambil itu aku membisikkan kalimah Lailahaillallah di telinga bonda tanpa henti. seterusya adikku Fatin mengambil tekanan darah bonda. Dan dalam beberapa minit selepas alat pernafasan ditanggalkan tekanan darah bonda menjadi 0 maka bonda telah pergi buat selamanya. Moga Allah memberi Syurga tertinggi buat bonda yang telah mengorbankan segalanya untuk membesarkan kami 7 beradik sehingga berjaya….
No comments:
Post a Comment